Sunday, December 27, 2015

New Profession : Housewife

October 2015 
Saya akhirnya decided untuk berhenti kerja. Dalam keadaan saya yang bakal bersalin, pada November 2015, well its supposedly or totally not a great idea. But I have to, because kalau saya still bekerja pada penghujung 2015, saya perlu bertanggungjawab for the whole year of 2016. Pekerjaan saya melibatkan komitmen sepanjang tahun. Jadi lebih baik biarkan pengurus baru (pengganti saya) memulakan langkahnya lebih awal, bagi melicinkan lagi pengurusan pada tahun 2016.

Hari ini (27 Dec) sudah hampir beberapa minggu saya memulakan kerjaya sebagai surirumah sepenuh masa. Ada terfikir untuk try few types of business online, and still work for it. Apa yang saya nak kongsi, betapa bahagianya saya menguruskan rumah dan anak-anak sepanjang minggu-minggu ini. This is my dream. Saya selalu keliru, tak faham, bingung...apa yang sebenarnya saya nak dalam hidup ini. In the age of 28, saya still tak tahu apa yang saya nak dalam hidup saya...masak lah! But then, bila beberapa hari bergelar surirumah, saya cinta akan kerjaya ni, dan saya tak malu nak bagitahu yang my profession as a housewife.

Still work out with my schedule, masa ada sana-sini yang saya perlu perbaiki. tapi saya positif yang saya boleh buat lebih baik. Bangun pagi, masak breakfast sambil basuh kain, mandikan anak-anak, siapkan makan tengahari, kemas rumah, tidurkan anak-anak. Walaupun its sounds lovely, tapi hanya housewives jea yang tahu betapa kalutnya keadaan tu. 

And I do still optimist in venturing business to helps family income. May ALLAH ease everything for me and my family. 

Happy Ummi
28 Dec 2015


Monday, July 6, 2015

Saya pun nak buat baik...tapi,

Saya pasti semua orang pun nak jadi baik, kita rasa kalau boleh kita nak jadi ikon kepada ammar ma'ruf
kita nak bagi juadah pada jiran, nak selalu tersenyum, sopan dan penuh dengan kasih sayang serta kelembutan, solat awal waktu, bangun malam qiam, iktikaf di masjid,
tapi kadang-kadang ianya hanya sekadar terlintas di hati,
pelbagai cabaran, tanggungjawab serta hak-hak lain yang menuntut masa kita, sehingga tidak terlaksana segala impian murni di hati.

Tapi indahnya ISLAM ni, setiap niat-niat kita untuk berbuat amalan kebaikkan, di kira dan di nilai oleh ALLAH
Lebih banyak amalan-amalan soleh yang kita impi di hati untuk kita lakukan, iALLAH tidak terlepas dari pandangan ALLAH
dan iALLAH ianya membuahkan pandangan yang baik oleh ALLAH terhadap kita sebagai hambanya

Dan semestinya Pandangan kita di sisi ALLAH adalah lebih penting dan bernilai berbanding pandangan manusia terhadap kita

Jadi jangan risau kalau kita tak mampu impress kan pandangan manusia terhadap kita,
dan jangan berhenti make ALLAH impress terhadap kita







Maha Baiknya ALLAH

Hari ni terfikir...
Baiknya ALLAH pada kita...
walaupun kita baru jea buat dosa
Mengumpat, tinggal solat, lawan cakap mak, tak tutup aurat,
Tapi ALLAH masih lagi mudahkan urusan kita, kejutkan kita sahur, bagi kita bernafas, bagi kita nikmat kesihatan, nikmat kasih sayang
sedangkan kalau ALLAH nak hukum kita terus masa tu, ALLAH mampu
kalau ALLAH nak hukum kita pada setiap kesilapan kita, ALLAH mampu
Seumpama kereta yang sedang berjalan, terhenti sekejap-sekejap sebab mati enjin,
tapi ALLAH tak terus hukum, ALLAH bagi kita ruang untuk bertaubat

Walaupun tiada kebaikkan yang kita buat pada ALLAH
Walaupun ALLAH tak memerlukan kebaikkan kita mahupun kehambaan kita
ALLAH tak perlukan apa-apa pun dari kita, ALLAH Maha Esa
Tapi ALLAH tetap baik pada kita

Astaghfirulah hal a'zim
Sekiranya kita tidak menyedari betapa baiknya ALLAH pada kita
sesungguhnya kita masih kurang bersyukur

Hakikat By Durrani



Saturday, June 27, 2015

10 Langkah Mudah Merangka Sessi Temuduga

Bismillahirrahmanirrahim.

Tangan ni memang da lama menggigil nak share tentang pengalaman sessi2 temuduga saya sebelum ni. Hampir 2-3 bulan ni, kerja saya memang banyak mengkhusus kepada sessi Temuduga. Maklumlah syarikat kecil milik keluarga, kitalah pengurus latihan, kitalah HR, kitalah RnD, Kitalah Operational, mujur ada pengurus2 cawangan dan guru-guru yang subhanallah memang sangat-sangat tabah dan rajin berkerja. 

Untuk makluman awal, syarikat kami syarikat kecil yang hanya mempunyai 5 caw. tadika dan tenaga kerja lebih kurang dalam 30 orang sahaja. Malah saya bukanlah expert dalam Sessi Temuduga ni, ini baru tahun pertama mengendalikan Sessi Temuduga, dan Alhamdulillah banyak yang saya berlajar. Semoga ianya membantu =)

1. Iklankan Kekosongan Jawatan
Untuk syarikat-syarikat kecil macam kami ni, memanglah kene iklankan kekosongan, apatah lagi jawatan bukanlah jawatan idaman kalbu, Guru Tadika, Pengasuh, Pembantu Am. Gaji taklah sehebat orang yang bekerja di office. Jadi method pengiklanan perlu lebih meluas, antara yang saya pernah guna Iklankan Jawatan Kosong di Akhbar (tapi perlukan sedikit kos untuk iklan berbaris) ataupun sekiranya premis atau lokasi anda berdekatan dengan jalan utama, boleh letak papan tanda atau banner tentang kekosongan jawatan.

2. Respon Dari Pengiklanan
Biasanya kita akan terima panggilan, sms atau wassap yang bertanyakan tentang kekososngan jawatan. Jangan hadkan jumlah calon temuduga. Kalau boleh, beri peluang untuk sesiapa sahaja yang bertanya untuk di temuduga. Kerana, belum tentu calon yang kita temuduga boleh masuk bekerja atau layak untuk di ambil bekerja.

3. Set Masa & Tempat untuk Sessi Temuduga.
Untuk mengefektifkan masa kita, saya suka untuk mengumpulkan beberapa calon dalam 1 Sessi Temuduga. Sebaiknya pilih tarikh terdekat untuk Sessi Temuduga, jangan bertangguh. Kerana calon yang bagus mungkin berpotensi untuk mencari kerja di tempat lain. 

Saya sendiri lebih prefer calon yang yang boleh mengikuti Masa dan Tarikh yang pihak pengurusan tetapkan. Pada saya itu sendiri menunjukkan komitmen dan personaliti calon tersebut. 

Dari sudut tempat, saya lebih prefer untuk mengadakan Sessi Temuduga di tempat yang calon temuduga bakal bekerja. Supaya calon mempunyai gambaran tempat kerja dan persekitaran tempat bekerja

4. Bawa Pengurus atau Pekerja yang Berpengalaman
Bawa pengurus yang akan bekerjasama dengan calon atau sekiranya tidak punya, mungkin pekerja yang berpengalaman dalam skop pekerjaan tersebut untuk menilai sama calon temuduga.

5. Borang Penilaian & Borang Maklumat Diri
Untuk saya sendiri, saya sediakan beberapa borang, bagi memudahkan saya untuk refer balik tentang calon, semasa proses penilaian. 

(a) Borang Penilaian
Borang penilaian ini sekadar penilaian saya secara luaran, seperti, personaliti, pemakaian, serta beberapa maklumat penting sebagai makluman awal saya seperti mempunyai pengalaman bekerja, mencari kerja sementara atau sepenuh masa, sudah berkahwin atau sebagainya. Bergantung kepada priority syarikat tersebut.

(b) Borang Temuduga
Sama seperti Borang Maklumat Diri Pekerja, Nama, Ic, No. Tel, Alamat, Pengalaman Bekerja (Secara Specific), Pendidikan dan sebagainya. 

6. Sessi Temuduga
Jadi sebelum memulakan Sessi Temuduga, saya akan perkenalkan diri dan jawatan saya beserta dengan teman penemuduga saya. Dan cuba adakan suasana yang lebih santai untuk sessi temuduga. Saya lebih prefer Sessi Temuduga satu per satu, berbanding berkumpulan.

7. Skop Pekerjaan
Biasanya saya terangkan dahulu tentang skop pekerjaan supaya calon temuduga jelas tentang jawatan yang sedang dipohon. Maklumat-maklumat seperti, Masa Bekerja, Job Description, Personaliti yang kita cari (Kerana bidang saya lebih kepada pra-sekolah), Etika Pakaian, Cuti Tahunan, Notis Berhenti dan Perkara yang Dilarang. Ini semua saya jelaskan secara terperinci, supaya calon jelas tentang skop pekerjaan yang dipohon. Penerangan Skop Pekerjaan ini pasti berbeza dalam bidang pekerjaan yang berbeza.

8. Soalan Temuduga
Sekiranya calon faham dan bersetuju dengan skop pekerjaan, saya akan teruskan ke Soalan Temuduga. Saya nampak, Soalan Temuduga ini sangat membantu dalam proses penilaian, walaupun hanya dalam bidang pra-sekolah. Kerana di sini kita dapat lihat, common sense, kematangan, pengalaman dalam bidang tertentu dan personaliti seseorang.

Saya terbaca dalam satu artikle, Soalan temuduga yang baik adalah 5-8 bentuk soalah dalam masa 30 minit ataupun 10-15 soalan dalam masa 1 jam. Saya sendiri punya 14 soalan yang berkaitan dengan cara bekerja. 

Dan dalam artikle yangs sama mengatakan, ada 2 bentuk soalan, soalan berbentuk terbuka dan tertutup.

(a) Soalan Berbentuk Terbuka 
Soalan Berbentuk Terbuka biasanya lebih general dan tidak mempunyai jawapan yang khusus. Sebagai contoh dalam bidang pra sekolah saya bertanya
'Sekiranya terdapat ibubapa yang hadir ke tadika dalam keadaan marah kerana terdapat kesan pada badan anak beliau. Apa yang anda akan lakukan?' 

atau

'Sekiranya terdapat pelajar yang muntah-muntah dan cirit birit. Apa yang anda lakukan?"

Soalan nampak mudah, tapi Alhamdulillah saya terima beberapa respon yang berbeza, yang akhirnya memberi kredit semasa proses penilaian.

(b) Soalan  Berbentuk Tertutup
Soalan Bernbentuk Tertutup ini biasanya mempunyai jawapan yang khusus. Pada saya 'tricky questions' untuk kita lihat kesediaan dan kesungguhan calon dalam bidang pekerjaan. Saya suka tanya soalan-soalan seperti ;

(a) Sekiranya tadika kekurangan kakitangan, bolehkah anda berkerja atau tampung kerja kakitangan lain'

(b) Sekiranya diminta untuk bertugas ke cawangan lain untuk beberapa hari, adakah anda bersedia

Soalan-soalan yang merujuk kepada crucial time yang mungkin syarikat hadapi.

9. Tarikh Awal Bekerja
Akhir sekali selepas selesai Sesi Temuduga, saya akan tanya, sekiranya beliau diterima, bilakan tarikh awal beliau boleh masuk bekerja. Ini juga sangat membantu sekiranya kita dalam keadaan kekurangan pekerja.

10. Buka Soalan kepada Calon
Sebelum berakhir, saya buka soalan kepada calon, biasanya calon yang punya pengalaman dalam bidang yang sama, akan bertanya beberapa related questions. Ini juga membantu for both parties clear about job description. 

Selesai Sessi Temuduga, saya akan berbincang dengan Teman Penemuduga saya tentang pandangan beliau pada Sessi Temuduga tadi. Malah saya juga beri ruang sekiranya teman penemuduga saya untuk interrupt sepanjang sessi temuduga. Kerana mereka biasanya lebih arif tentang skop kerja harian. 

Tips tambahan, sekiranya kita punya 5 calon temuduga, susun calon mengikut pilihan pertama dan seterusnya. Offer calon pertama tanpa reject calon yang lain. Kerana belum tentu calon pertama akan terima dan belum tentu calon pertama akan masuk bekerja (pengalaman sendiri). 

Jangan takut untuk rangka Sessi Temuduga yang lebih Formal, pada saya ini menggambarkan yang kita serius dalam pekerjaan kita dan kita mencari tenagakerja yang juga serius hendak bekerja. 

Semoga 10 langkah mudah Sessi Temuduga ini membantu Young Entrepreneur di luar sana. Saya hanyalah insan kerdil yang hanya baru 5 tahun pengalaman menguruskan perniagaan milik keluarga. Memang sangat tak arif, cuma rasa seronok dapat berkongsi =)





Saat Bergetar Segala Tulang Rusuk Yang Ada

Kali pertama saya menatap dengan teliti wajahnya, seusai selesai Majlis Perkahwinan kami, saat dalam perjalanan pulang. Saya perhati setiap inci wajahnya, inilah dia rahsia ALLAH untuk saya. Dialah insan yang ALLAH pilih untuk saya, sepertimana ALLAH mempunyai pilihan untuk insan yang lain juga. Dialah insan yang akan berkongsi rasa, memimpin hati dan langkah saya selepas ini. 

Entah kenapa, walau baru kali pertama meneliti wajahnya, dengan medium komunikasi yang sangat terbatas sepanjang tempoh pertunangan. Hati saya redha mengatakan, 'Yea, Dialah orangnya,' tanpa rasa ragu. Walau saya tak pernah mengenalinya, tidak mengenali keluarganya, minatnya, kebaikkan atau kelemahannya, warna kegemaranya, hobi dia..apa pun saya tak tahu. Yang saya cuma tahu, dia sangat menjaga ikhtilat, akhlaqnya bagus, rajin bekerja dan punya fikrah islamiyah. Itu sudah memadai bagi saya. Dan Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun mendirikan rumahtangga, ternyata 4 ciri ini memperkuatkan rumahtangga kami.

Sebagai isteri, mana mungkin saya tak pernah mencemburui atau meragui suami saya sendiri. Apatah lagi drama-drama korea yang banyak mempengaruhi hati dan minda ini. Acapkali saya periksa wassap, message dan private message beliau. Walau beliau tidak sehensem Brad Pit, tidak sesado Aaron Aziz, dan suara tidak semerdu Humood AlKhuder. Tetapi beliaulah insan yang banyak bersabar dan menyokong saya dari hari ke sehari.

Beliau membentuk saya menjadi insan yang lebih matang dalam melihat dunia. Beliau insan yang mempercayai saya, selepas ummi saya, walau dalam keadaan saya sendiri tidak mempercayai diri saya sendiri. Ternyata selepas 3 tahun di alam perkahwinan, beliau punya tempat istimewa dalam hati saya.

Abang,
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ma
Terima kasih kerana setia di sisi ma yang penuh dengan kelemahan ni
Terima kasih kerana tak pernah berputus asa dengan ma

Abang,
Ma hargai semua usaha keras abang
Ma tahu Abang selalu buat yang terbaik
Ma tahu Abang selalu dalam proses penambahbaikkan
Ma bangga dengan abang ^^

Semoga ALLAH memberi kasih sayang sebanyaknya buat abang
Semoga ALLAH bukakan pintu rezeki seluasnya untuk abang
Semoga ALLAH bahagiakan abang selalu

Abang, saranghe


Friday, May 1, 2015

Lyric Kun Anta By Humood AlKhudher

KUN ANTA
By : Humood AlKhuder

Li ujarihim, Qaldattu Zhahira ma fihim
In order to keep up with them, I imitated their looks and exterior
Fabadautu syakhsan aakhar, Kai atafaa khar
So I become someone else, just to boast
Wa zhanantu ana, anni bizalika khuztu ghina
And I thought that throught that I’d gained a fortune
Fawajadtu anni khaasir, fatilka mazhahir
But I found that I’d lost, for these are mere apprearances

(Chorus)
La, la
No, no
La nakhtajul maala, Kai nazdadajamaala
No, we don’t need wealth in order to increase in beauty
Jauharna huna, Fil Qalbitalaalaa
Our essence is here, in our heart it shines

La, la
No, no
Nurdinnaasa bi mala, Nardhahu lana haala
We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves
Zaaka jamaluna, yasmu yata’ala
That is our beauty, rising and ascending above

Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh, Oh Wo Oh, Oh Wo Oooh
Kun anta nazdad jamala
Be yourself and you will increase in beauty

Attaqabbaluhum, Annaasu lastu qaliduhum
I accept people but I don’t imitate them
Illa bima yurdinii, Kai  urdiinii
Except for what I agree with, to satisfy myself

Saakunu ana, Misli tamaman hazal ana
I will just be myself, just the way I am, This is me
Faqanaa’atil takfiinii, zaaka yakiinii
My conviction suffices, this is my certainty


(Churos)

Saakunu ana, man ardha ana, lan as’alaa liridhahum
I’ll be what I please to be,  I won’t seek their acceptance
Wa akunu ana, ma ahwa ana, maali wamaa liridhahum
I’ll be whom I love to be, Why would I care about their acceptance

Saakunu ana, man ardha ana, lan as’alaa liridhahum
I’ll be what I please to be,  I won’t seek their acceptance
Wa akunu ana, ma ahwa ana, lan ardha ana biridhahum
I’ll be whom I love to be, I won’t be pleased by their acceptance




Thursday, February 19, 2015

Kelas Abs (17.02.2015)

Kelas ni ada yang saya tak berapa ingat. Insya ALLAH saya share yang mana terkubu di minda =)

Set A
1. Leg Raises  (1)
Baring telentang, depakan tangan. Angkat kaki dalam keadaan lutut bengkok. Hala badan ke kiri dan kanan.

Leg Raises & Crunches

2. Leg Raised Circle (2)
Baring telentang, depakan tangan. Angkat kaki lurus dan buat putaran bulat secara perlahan-lahan.













3. Leg Raises


Baring telentang, luruskan kaki menegak, turunkan kaki perlahan-lahan










4. Heel Touches

Baring telentang, Bengkokan kaki. Cuba menyentuk buku lali










5. Roll Up



















Set B (Pairing)

1. Leg Raise
A : Baring telentang, angkat kaki lurus ke atas
B : Berada dibahagiam kepala A, tolak kaki A kuat-kuat

Pergerakkan ni perlu dilakukan dengan laju.




2. Sit Up
Duduk berhadapan, kunci kaki kita dan pasangan. Kedudukan seperti gambar, tapi jenis senaman sit up.









3. Plank
(a) Plank, Tangan kanan sentuh bahu kiri, kemudian tangan kiri sentuh bahu kanan
(b) Plank, Tangan kanan tepuk tangan kiri pasangan, vice versa.

(a) dan (b) bergilir











Set C (Focus on Plank)


1. Elbow Plank

2. Raised Leg Plank













3. Superman

cikgu saya cakap, umpama diri kita di tarik2.










Ulang Set A, Set B dan Set C sebanyak 3 kali.

Sekian ^^


Kelas Slimming (13.02.2015)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrt.

13.02.2015 merupakan kelas Slimming saya yang kedua. Saya niat untuk kongsi di sini, mana tahu bermanfaat di masa akan datang.


A
1. Lari (Ulang-alik kira-kira 16 kali)
2. Jumping Jack /Lompat Bintang (8 - 16 kali)



















3. Mountain Climb
















4. Burpees  (8 kali)










Break (1 minit)

B
1. Steps Up onto Chair (16 kali)


















2. Knee Bends (16 kali)















3. Yang no. 3 ni saya tak tahu nama dia. Berdiri membelakangkan kerusi, letakkan sebelah kaki di atas tempat duduk. Tarik diri kedepan. Ha..macam tu lah hehehe. Bertahan dalam kiraan 8.

Satu set combine A dan B.

Buat 3 set selang break 1 minit. Semoga berjaya!


1 Jam yang Bermakna

Semua Wanita nak kelihatan cantik
Kecantikkan dan wanita sukar untuk dipisahkan

Bayangkan, apa sahaja perniagaan yang menjurus kepada kecantikkan wanita, baju, kasut, tudung, skincare, ubat kurus, cermin mata, jam tangan, topi, inai, apa jerlah selalu mendapat sambutan.

dari remaja, anak dara ke emak-emak bahkan nenek-nenek pun tak terlepas untuk kelihatan cantik.
Tapi cantik bukan sebarang cantik, yang penting cantik di sisi ALLAH dan cantik di mata suami.

Perempuan mana yang tak risau bila badan mula naik mendadak selepas bersalin. Anak dah hampir setahun keluar, tapi berat badan masih sama ketika anak di dalam kandungan.

Untuk itu mar mulakan misi 'MISSION UMMI'. Untuk turunkan berat atleast 10kg, fuh. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Pelbagai usaha ma buat.
Senaman Youtube
Mar cuba jadualkan senaman. First buka instagram #workout. Pelbagai rutin senaman yang boleh kita ikut. Untuk check kaedah senaman yang betul, mar refer youtube. Agak membantu untuk sehari-dua, bila penat, rehat dan rehat dan rehat dan rehat.

beralih kepada Zumba
Nampak menarik, search dalam youtube ada tutorial zumba kita just follow jer. 30 minit memang sure berpeluh. Tapi masih sama, buat kat rumah susah nak konsisten. Mar try cari kelas di luar, tapi malangnya susah nak cari kelas yang syar'ie di mata saya. Akhirnya, ditakdirkan ALLAH saya gugur di kala sibuk berzumba, maka incik suami melarang saya untuk berzumba.

Kelas (Coaching/Trainer)
Sehingga satu hari, sahabat ma perkenalkan dengan sebuah kelas Abs, senaman yang fous untuk kecilkan perut. Saje pergi, tapi impaknya memang bess. Satu sessi cuma 1 jam, tapi ada trainer dan kita buat berkumpulan. Memang susah nak ngelat, malah trainer kita akan push kita to up over our limits. Kali pertama pergi, seminggu sakit bahagian Abs, tapi rasa puas hati! 

Rupa-rupanya Trainer kami, Cikgu mimi ada buat beberapa kelas lain seperti Kelas Bola, Kelas Slimming, Kelas Aerobik, Kelas Senaman untuk Ibu Mengandung. So mar plan untuk tambah lagi satu kelas, Kelas Slimming. Masuk kelas Slimming banyak focus on cardio, pun seronok! Berpeluh-peluh bak hang! Rasa 1 jam tu puas hati betul. End of the session cikgu akan share tips2 untuk kurangkan berat badan, Alhamdulillah.

Bersyukur sangat ALLAH temukan dengan team workout nie,
First semuanya ada fikrah islamiyyah, jadi kelas memang tertutup, aurat terpelihara sayang =).
Kedua consistant, semua bersemangat untuk habiskan semua set senaman, tak de yang ngelat or being negatif. Positive enviroment.
Ketiga, i would say, Cikgu saya memang bess. rajin, punctual, garang and motivated. Trainer memang kene cari yang garang, baru kita bersungguh.
Keempat it will be addicted. Sangat tak sabar nak ke kelas seterusnya, sebab kita nampak progress.

Cikgu saya umur dia 50++ tapi berat dia 48kg. gurlp.
Saya cakap kat cikgu, saya nak belajar sampai boleh ambil sijil mcm cikgu. (Permudahkan Ya ALLAH)

So bagi sesiapa yang terfikir untuk kurangkan berat badan, saya memang suggest untuk pergi kelas2 macam ni. Memang sangat membantu.

Untuk kelas ABS yuran sebulan RM 47.00 untuk 1 jam x 4kali sebulan.
Untuk saya sangat-sangat berbaloi! =)
yang penting konsisten workout & jaga permakanan

doakan saya  ^^