Thursday, February 19, 2015

Kelas Abs (17.02.2015)

Kelas ni ada yang saya tak berapa ingat. Insya ALLAH saya share yang mana terkubu di minda =)

Set A
1. Leg Raises  (1)
Baring telentang, depakan tangan. Angkat kaki dalam keadaan lutut bengkok. Hala badan ke kiri dan kanan.

Leg Raises & Crunches

2. Leg Raised Circle (2)
Baring telentang, depakan tangan. Angkat kaki lurus dan buat putaran bulat secara perlahan-lahan.













3. Leg Raises


Baring telentang, luruskan kaki menegak, turunkan kaki perlahan-lahan










4. Heel Touches

Baring telentang, Bengkokan kaki. Cuba menyentuk buku lali










5. Roll Up



















Set B (Pairing)

1. Leg Raise
A : Baring telentang, angkat kaki lurus ke atas
B : Berada dibahagiam kepala A, tolak kaki A kuat-kuat

Pergerakkan ni perlu dilakukan dengan laju.




2. Sit Up
Duduk berhadapan, kunci kaki kita dan pasangan. Kedudukan seperti gambar, tapi jenis senaman sit up.









3. Plank
(a) Plank, Tangan kanan sentuh bahu kiri, kemudian tangan kiri sentuh bahu kanan
(b) Plank, Tangan kanan tepuk tangan kiri pasangan, vice versa.

(a) dan (b) bergilir











Set C (Focus on Plank)


1. Elbow Plank

2. Raised Leg Plank













3. Superman

cikgu saya cakap, umpama diri kita di tarik2.










Ulang Set A, Set B dan Set C sebanyak 3 kali.

Sekian ^^


Kelas Slimming (13.02.2015)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrt.

13.02.2015 merupakan kelas Slimming saya yang kedua. Saya niat untuk kongsi di sini, mana tahu bermanfaat di masa akan datang.


A
1. Lari (Ulang-alik kira-kira 16 kali)
2. Jumping Jack /Lompat Bintang (8 - 16 kali)



















3. Mountain Climb
















4. Burpees  (8 kali)










Break (1 minit)

B
1. Steps Up onto Chair (16 kali)


















2. Knee Bends (16 kali)















3. Yang no. 3 ni saya tak tahu nama dia. Berdiri membelakangkan kerusi, letakkan sebelah kaki di atas tempat duduk. Tarik diri kedepan. Ha..macam tu lah hehehe. Bertahan dalam kiraan 8.

Satu set combine A dan B.

Buat 3 set selang break 1 minit. Semoga berjaya!


1 Jam yang Bermakna

Semua Wanita nak kelihatan cantik
Kecantikkan dan wanita sukar untuk dipisahkan

Bayangkan, apa sahaja perniagaan yang menjurus kepada kecantikkan wanita, baju, kasut, tudung, skincare, ubat kurus, cermin mata, jam tangan, topi, inai, apa jerlah selalu mendapat sambutan.

dari remaja, anak dara ke emak-emak bahkan nenek-nenek pun tak terlepas untuk kelihatan cantik.
Tapi cantik bukan sebarang cantik, yang penting cantik di sisi ALLAH dan cantik di mata suami.

Perempuan mana yang tak risau bila badan mula naik mendadak selepas bersalin. Anak dah hampir setahun keluar, tapi berat badan masih sama ketika anak di dalam kandungan.

Untuk itu mar mulakan misi 'MISSION UMMI'. Untuk turunkan berat atleast 10kg, fuh. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Pelbagai usaha ma buat.
Senaman Youtube
Mar cuba jadualkan senaman. First buka instagram #workout. Pelbagai rutin senaman yang boleh kita ikut. Untuk check kaedah senaman yang betul, mar refer youtube. Agak membantu untuk sehari-dua, bila penat, rehat dan rehat dan rehat dan rehat.

beralih kepada Zumba
Nampak menarik, search dalam youtube ada tutorial zumba kita just follow jer. 30 minit memang sure berpeluh. Tapi masih sama, buat kat rumah susah nak konsisten. Mar try cari kelas di luar, tapi malangnya susah nak cari kelas yang syar'ie di mata saya. Akhirnya, ditakdirkan ALLAH saya gugur di kala sibuk berzumba, maka incik suami melarang saya untuk berzumba.

Kelas (Coaching/Trainer)
Sehingga satu hari, sahabat ma perkenalkan dengan sebuah kelas Abs, senaman yang fous untuk kecilkan perut. Saje pergi, tapi impaknya memang bess. Satu sessi cuma 1 jam, tapi ada trainer dan kita buat berkumpulan. Memang susah nak ngelat, malah trainer kita akan push kita to up over our limits. Kali pertama pergi, seminggu sakit bahagian Abs, tapi rasa puas hati! 

Rupa-rupanya Trainer kami, Cikgu mimi ada buat beberapa kelas lain seperti Kelas Bola, Kelas Slimming, Kelas Aerobik, Kelas Senaman untuk Ibu Mengandung. So mar plan untuk tambah lagi satu kelas, Kelas Slimming. Masuk kelas Slimming banyak focus on cardio, pun seronok! Berpeluh-peluh bak hang! Rasa 1 jam tu puas hati betul. End of the session cikgu akan share tips2 untuk kurangkan berat badan, Alhamdulillah.

Bersyukur sangat ALLAH temukan dengan team workout nie,
First semuanya ada fikrah islamiyyah, jadi kelas memang tertutup, aurat terpelihara sayang =).
Kedua consistant, semua bersemangat untuk habiskan semua set senaman, tak de yang ngelat or being negatif. Positive enviroment.
Ketiga, i would say, Cikgu saya memang bess. rajin, punctual, garang and motivated. Trainer memang kene cari yang garang, baru kita bersungguh.
Keempat it will be addicted. Sangat tak sabar nak ke kelas seterusnya, sebab kita nampak progress.

Cikgu saya umur dia 50++ tapi berat dia 48kg. gurlp.
Saya cakap kat cikgu, saya nak belajar sampai boleh ambil sijil mcm cikgu. (Permudahkan Ya ALLAH)

So bagi sesiapa yang terfikir untuk kurangkan berat badan, saya memang suggest untuk pergi kelas2 macam ni. Memang sangat membantu.

Untuk kelas ABS yuran sebulan RM 47.00 untuk 1 jam x 4kali sebulan.
Untuk saya sangat-sangat berbaloi! =)
yang penting konsisten workout & jaga permakanan

doakan saya  ^^