Sunday, November 30, 2014

Komunikasi Berkesan : When vernus try to make Mars Understand

Assalamualaikum wrt wbk
Men from mars and women from vernus
Buku yang sering di hadam, konon-kononnya sebagai satu persiapan untuk memahami pasangan kita setelah berkahwin nanti. Tetapi yang sering terjadi, kenapa yea...tak faham-faham juga.

Saya masih teringat, sembang santai saya dengan bakal adik ipar, beliau yangtidak begitu mengenali adik saya. Nasihat saya pada beliau ;
"Mana ada perkahwinan yang sempurna, walaupun kita kahwin dengan orang yang paling sempurna (di mata kita)"

Teringat saya pada seorang teman, beliau mengahwini rakan seperguruan kami yang paling terkenal dengan akhlaq yang baik, akal yang pintar serta sikap ramah tamah yang disenangi oleh semua orang. Selepas beberapa bulan pernikahan, beliau meluahkan isi hati, tidak sefahaman antara mereka. Saya sewaktu itu agak kaku, pelik. Sudah dapat suami sebaik itu, masih belum bersyukur?

Sehinggalah saya sudah mendirikan rumah tangga, baru saya faham, liku azabnya. Pusing saya memikirkan apakah medium komunikasi yang terbaik untuk kami. Supaya kami boleh berbincang dan suami boleh memahami saya tanpa perlu berbalah. Sehinggalah satu hari saya mendengar perkongsian dari Ustazah Fatimah Syarha, barulah saya sedar. Masalah Komunikasi ini adalah perkara ruji bagi semua suami isteri. lebih banyak kita cuba memahami, lebih mematangkan diri kita.

Suka saya kongsi beberapa tips antara saya dan suami bagi memastikan komunikasi kami, komunikasi yang positif dan optimis.

1. Selalu suarakan kasih sayang. Jangan Malu
Contohnya ; Terima Kasih Abang, Saya Sayang Abang, Abang yang terbaik untuk saya

2. Janga bersuara ketika marah. Bila kita marah, kita akan ada 1001 sebab untuk marah. Jadi bawa diri ke zon bertenang. Ambil masa, sekiranya suami mencelah, bagitahu, "saya perlukan masa untuk bertenang". Setelah bertenang baru mulakan perbincangan.

3. Halakan perbincangan kepada cara untuk menyelesaikan masalah. Bukan siapa betul dan siapa salah.

4. Suarakan. Sekiranya ada sesuatu yang pasangan kita lakukan yang mengguris hati kita maklumkan dalam keadaan yang tenang. Bertujuan supaya si Dia maklum akan sensitivity kita.
Contoh ; Abang, ma tak sukalah kalau abang bergurau pasal poligami

5. Suarakan dengan terang dan jelas. Pasangan lebih lagi lelaki, tidak akan faham perli, meraju dan sebagainya. Merajuk adalah perkara yang paling tidak munasabah selepas memasuki alam perkahwinan.

6. Bersabar. Barangkali satu hari nanti si Dia akan terkesan dengan kesabaran kita. Dan yang penting Allah melihat kesabaran kita, satu hari nanti pasti di bayar Allah.

7. Doa dan tawakkal. Sentiasa berharap pada Allah.

Sedikit sebanyak perkongsian dari saya, semoga bermanfaat.
Hanya kita yang menentukan bentuk keluarga kita
Binalah keluarga yang bahagia
Mohon doa bagi sahabat2 yang membaca




Thursday, October 16, 2014

Berdiri di Takuk Ini

Masih teringat..beberapa hari selepas bersalinkan anakanda Mursi.
Seorang sahabat lama datang menziarahi saya

A: Dah jadi mak orang dah mar nie, dulu masa akak mula2 kenal, mar baru habis SPM. Dah masuk universiti, dah kawen, skrg dah jadi mak orang. Akak..masih kat sini lagi, sama jea.

Terkedu.

Baru2 nie lihat sahabat sebaya saya bergraduasi berjaya menghabiskan master masing-masing, buatkan saya tertanya pada diri, apa yg saya dah buat beberapa tahun ni. Apa penambahbaikkan yg saya dah buat? Atau saya masih berada di takuk yg sama.

Saturday, October 11, 2014

282 Hari Bersama

Assalamualaikum wrt wbk...
Ummi dah lama sangat nak menaip pasai Mursi
'Izz Muhammad Mursi B. Muhammad Idzham
nama yang ummi dan abah pilih

Allah Allah Allah
Hati meruntun runtun nak bercerita pasai Mursi
Hari-hari ummi istimewa dengan hadirnya Mursi
Tiap hari, tiap masa ummi tatap wajah Mursi, ummi tak henti bersyukur pada Allah
Ummi tak mahu jadi hamba yang tak bersyukur
Risau gusar nikmat menjadi ibu ini menjadi suatu ujian, Istidraj

Alhamdulillah, Mursi membesar dengan sihat
Allah bagi nikmat seluruh anggota badan berfungsi dengan baik
Walau kadang-kadang ummi cerewat, perkembangan Mursi berbeza dengan sahabat seangkatan Mursi
Ummi sebenarnya lebih bersyukur.

Mursi suka senyum. Mursi ramah tamah.
Mursi jarang menangis, kecuali nak susu atau nak ummi.
Nak ummi selalu.

malam ni Abah pergi P.Pinang, biasanya kita ikut jer Abah pergi mana
tapi bila fikir2, ummi rasa better kita duk rumah Atok Boss malam
Mursi pun lebih selesa, ummi pun boleh tengok citer Korea, Jimat budget Abah
kire win-win situation lah kan =)

Malam nie, asal ummi letak kat tilam jer Mursi terjaga
Mursi selesa tido kat lengan ummi
Tiba-tiba ummi terfikir, nanti bila Mursi dah tadika, Mursi nak tido dengan ummi lagi tak..
Masa sekolah rendah nanti Mursi nak melekat tak dengan ummi macam sekarang
Bila Mursi dah sekolah menengah nanti, kita rapat lagi tak macam sekarang.

Memikirkannya jer ummi dah syahdu. sedih. hiba.
Tapi ummi tak boleh predict apa yang berlaku
Mungkin ummi patut enjoy jer moment kita sekarang
dan buat yang terbaik. Try.

Mursi, Ummi sayang Mursi
Ummi harap kita akan rapat sampai bila-bila
Ummi harap ummi jadi ummi yang baik untuk Mursi
Ummi harap ummi jadi tauladan yang baik untuk Mursi
Ummi harap Mursi jadi anak yang soleh. Ummi doa selalu.
Ummi harap ummi mampu bersabar dalam mendidik Mursi
Ummi harap Mursi pun akan bersabar kalau Ummi buat salah

Terima Kasih Allah.
Terima Kasih Abah Mursi.
Terima Kasih anak soleh ummi, IMM.