Thursday, October 8, 2009

Hadir di Dalam Ukhuwah yang Indah

Ukhwah itu indah


Baru2 neyh salah seorang sahabat kami menghadapi masalah…mar kesian sangat dengan dia, mar rasa bertanggungjawab sangat. Ukhuwah ini apabila kita menyayangi sahabat kita melebihi dari kita menyayangi diri kita sendiri. Alhamduillah, mar dapat rasakan begitu, mungkin ini menunjukkan ader tautan hati antara kami.

Mar faham dia masih muda, ini semua adalah pentarbiyahan dari ALLAH untuknya. Mar yakin satu hari nanti, dengan izin ALLAH, dia pasti mampu mengubah hidupnya ke jalan yang di cintai ALLAH.

Setiap orang wajar di beri peluang untuk berubah dan kita tidak ada hak untuk menghakimi seseorang.

Mar cukup tak suka orang yang mengutuk kesalahan orang lain kemudian tidak mahu membantu memperbaiki orang tersebut, atas pelbagai alasan…

Cuba bayangkan kalau orang kita kutuk tuey ialah adik kita
Atau bayangkan perasaan dia ketika kita kutuk dia…

pada mar, bila kita kiota mengaku mempunyai ikatan hati & persahabatan, seharusnya kita mengharungi susah senang itu bersama
bukan sekadar duduk berkumpulan, kemudian gelakkan kawan kita yang membuat kesilapan..
cheh! kater muslimah solehah!
ukhuwah aper kalau macam tue

toksah la duk kater ber'ukhuwah kalau sering mengungkapkan..
'em..ana buka nak mengutuk, sekadar meluahkan perasaan'

Jangan jadi perosak kepada sesebuah ukhuwah



Ukhuwah bermula dengan ikatan hati antara satu sama lain. Andai hati-hati yang bertaut itu saling bantu-membantu dalam tazkiyatun nafs, maka kita akan melahirkan ukhuwah yang indah, suci dan mantap. Andai kita isi ukhuwah kita dengan pelbagai perkara mazmumah, percayalah ianya tidak akan kekal lama.


Jadi sekiranya kita sayangkan ukhuwah yang terjalin antara kita, dekati perkara2 mahmudah dan jauhi perkara mazmumah

Cintailah ukhuwah itu dengan segala keindahan dan kemurnian Islam, jangan sesekali kita kotori ikatan suci ini dengan kekotoran dan kemaksiatan.

Bak kater ust wan dalam usrah kita baru2 neyh

peringkat paling rendah di dalam ukhuwah itu apabila kita husnuzhan sesama sahabat/yah kita
manakal peringkat paling tinggi apabila kita mendahaluikan sahabat kita lebih dari diri sendiri

jadik ayuh! kita capai tangga tertinggi dalam ukhuwah!
ayuh! kita hadirkan diri di dalamUkhuwah yang indah

Monday, October 5, 2009

buat adikku sayang..~

Salam a'Laik..adikku sayang...~
first of aLL akak naK mintak maaf atas kesalahan2 akak sebelum neyh..~ sungguh akak belum layak untuk di gelar daie..

adikku sayang, kehidupan ini adalah proses pembelajaran, di mana pun selekoh yang kita lalui, kita perlu ambil baik buruknya untuk kita jadikan iktibar. Contohnya pertemuan sekali lagi antara akak dan awak.. ini juga salah satu bentuk pentarbiyahan dari ALLAH untuk kita berdua. Mungkin akak banyak ambil ringan atas beberapa perkara, sehingga menyebabkan apa yang tak sepatutnyer berlaku..sudah pun berlaku..

sebagai hamba ALLAH, kita tak sepatutnyer menyalahkan takdir, akak @ awak..kita sepatutnyer menerima jalan yang telah kita lalui ini dengan hati yang terbuka. Disamping itu sama2 kita muhasabah diri kembali, di mana salah silap kita sepanjang perjalanan ini..~

akak rasa bersalah dengan keadaan awak sekarang..mungkin method yang akak guna salah, dan akak sendiri mengambil ringan banyak perkara tanpa memikirkan baik buruknyer...

adikku..~
akak fikir mungkin si Dia dapat mengisi kekosongan hati awak yang selama ini dipenuhi dengan cinta2 dunia yang sangat kotor. Akak fikir si Dia yang akak kenali selama hampir 5 tahun, mampu membawa awak ke arah yang lebih baik. Macam akak pernah kater, dalam ramai2 lelaki yang awak pernah kenal, aka rasa dia muslimin yang agak baik.

tapi akak luper...matlamat tak menghalalkan cara, aper pun niat akak, cinta+ikhtilat anata m'mat dan m'min adalah haram. akak terpesong antara kehendak syar'ie dengan kehendak diri sendiri. akak salah, walaupun awak di peringkat awal pentarbiyahan, yang haram tetap haram. seperti di dalam surah al-maeda : 87

"Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah ALLAH halalkan ke atas kamu, dan janganlah kamu melampau batas.."

yang haram tetap haram..

adik kak mar yang ALLAH sayangi..
cuba buka peluang dalam diri untu 'berubah'. Buka pintu baru...pintu cinta baru yang bergelar Mahabbatillah. Pintu yang membuka ruang kepada cinta-cinta ALLAH.
Kita sama2 lupa dan pendamkan jauh2 kisah yang lama..
usah diungkit lagi..
kali neyh kita sama2 mengorak langkah.. menjadi muslimah yang lebih baik...



kenapa yer nak jadi muslimah solehah?
adik~ muslimah solehah itu di cintai ALLAH..
aper yang kita dapat dari Cinta ALLAH?
ALLAH akan bagi segala2 nya yang tak mampu kita impi..
yang paling indah sekali adalah syurga firdausi
yang paling penting sekali redha Ilahi..
kejarlah cinta Ilahi, Dialah pemilik cinta hakiki
Susah memang susah sayang...~ tapi cuba kita fikir sama2,
kemanakah kita tanpa redha dari NYA?

bersediakah kita ke neraka?
Akhirat itu benar dik..ianya akan berlaku
saat itu tiada lagi pengampuan lagi bagi kita..
jadi selama mana kita ada masa..rebutlah peluang memohon ampun dan keredhaan dari NYA