Thursday, October 8, 2009

Hadir di Dalam Ukhuwah yang Indah

Ukhwah itu indah


Baru2 neyh salah seorang sahabat kami menghadapi masalah…mar kesian sangat dengan dia, mar rasa bertanggungjawab sangat. Ukhuwah ini apabila kita menyayangi sahabat kita melebihi dari kita menyayangi diri kita sendiri. Alhamduillah, mar dapat rasakan begitu, mungkin ini menunjukkan ader tautan hati antara kami.

Mar faham dia masih muda, ini semua adalah pentarbiyahan dari ALLAH untuknya. Mar yakin satu hari nanti, dengan izin ALLAH, dia pasti mampu mengubah hidupnya ke jalan yang di cintai ALLAH.

Setiap orang wajar di beri peluang untuk berubah dan kita tidak ada hak untuk menghakimi seseorang.

Mar cukup tak suka orang yang mengutuk kesalahan orang lain kemudian tidak mahu membantu memperbaiki orang tersebut, atas pelbagai alasan…

Cuba bayangkan kalau orang kita kutuk tuey ialah adik kita
Atau bayangkan perasaan dia ketika kita kutuk dia…

pada mar, bila kita kiota mengaku mempunyai ikatan hati & persahabatan, seharusnya kita mengharungi susah senang itu bersama
bukan sekadar duduk berkumpulan, kemudian gelakkan kawan kita yang membuat kesilapan..
cheh! kater muslimah solehah!
ukhuwah aper kalau macam tue

toksah la duk kater ber'ukhuwah kalau sering mengungkapkan..
'em..ana buka nak mengutuk, sekadar meluahkan perasaan'

Jangan jadi perosak kepada sesebuah ukhuwah



Ukhuwah bermula dengan ikatan hati antara satu sama lain. Andai hati-hati yang bertaut itu saling bantu-membantu dalam tazkiyatun nafs, maka kita akan melahirkan ukhuwah yang indah, suci dan mantap. Andai kita isi ukhuwah kita dengan pelbagai perkara mazmumah, percayalah ianya tidak akan kekal lama.


Jadi sekiranya kita sayangkan ukhuwah yang terjalin antara kita, dekati perkara2 mahmudah dan jauhi perkara mazmumah

Cintailah ukhuwah itu dengan segala keindahan dan kemurnian Islam, jangan sesekali kita kotori ikatan suci ini dengan kekotoran dan kemaksiatan.

Bak kater ust wan dalam usrah kita baru2 neyh

peringkat paling rendah di dalam ukhuwah itu apabila kita husnuzhan sesama sahabat/yah kita
manakal peringkat paling tinggi apabila kita mendahaluikan sahabat kita lebih dari diri sendiri

jadik ayuh! kita capai tangga tertinggi dalam ukhuwah!
ayuh! kita hadirkan diri di dalamUkhuwah yang indah

No comments:

Post a Comment