Wednesday, September 23, 2009

ukhuwah memangkir pagar keimanan - mY LurveLy mOon2




Pernah sekali hati ini berfikir, mampukah perpisahan di raikaan dengan kegembiraaan?sedang ukhuwah masih baru terjalin, kasih sayang masih baru bersemi...keindahan halawatul iman masih baru dirasai. saat hati ini sangat menyayangi dia..lalu ALLAH ambil dia dari hati ini...

sungguh Allah memberi dan menarik nikmat itu atas kehendakNya,
dan setiap takdirNya pasti ada hikmah yang tersirat...

sangat memetingkan diri sekiranya diri ini tidak merelakan pemergiaan dia..kerana dia pergi demi cita dan cintaNya untuk ummah.

pernah aku mengadu pada ummi, kesakitan yang aku rasai
sungguh aku tak dapat bendung lagi...
jawapan ummi mudah..
apakah ALLAH meredhai sekiranya kita mencintai/menyayangi hamba lebih dariNya?
Allah menarik nikmat agar kita kembali kepadaNYa
kembali kepada cintaNya
bukan cinta manusia..~

   maafkan akak, sayang...bukan akak tidak menghargaimu saat kita bersama, namun mendekati dirimu sahaja akak tidak mampu. sentiasa bermain di fikiran akak, yang satu hari nanti akak tak mampu lgi melihat awak di sisi, bersama kami...semuanya masih baru untuk akak, dan akak belum bersedia untuk kehilanganya... kehilangan memori-memori indah neyh...

   mesti awak pelik kan..akak touching lebeyh2 hahaha~
   biar saper pun jodoh awak..akak tetap sayang kat awak...

   bukan kerana usikkan2 itu yang membuahkan rasa sayang ini, tetapi satu peristiwa yang akak tak pernah rasa sebelum neyh..~ masih segar lagi dalam fikiran akak, dan sentiasa segar...

   di sini bermulanyer cerita... (sajer jer intro touching2 kat atas tuey, khusus tuk cik moOn hahah)

   ketika kita mengadakan program di Kalumpang resort bersama adik2 dari program asnaf, keadaan sangat sibuk...dan ader satu ketika urusetia kalumpang resort Mr. Bambang panggil akak untuk berbincang sekejap, akak ingat lagi awak tanya..
   "nak gie maner kak?"
   "akak nak jumper en.bambang tuey jap, nak bincang aper ntah.."
   "ha..saya ikut la teman akak.."

  mula2 akak terfikir.. 'naper yea nak ikut akak..budak2 ramai kan kat dewan'...tapi akak tak tanya, dan akak baru realise, awak nak teman akak bagi menjaga akak dari fitnah..

  akak sangat terharu..dan sangat sedih dengan diri sendiri...
  akak tak leyh jaga diri sendiri, tapi ader adik yang nak jaga akak...

   tak kira akak duduk berapa kejap pun dengan en.bambang tuey, tetap haram di sisi Islam. berapa jauh protocol atau PR yang terserap di dalam jiwa akak sehingga akak membelakang syar'ie itu sendiri.

berbahagialah insan2 yang mempunyai sahabat seperti awak...
menyayangi sahabat itu sendiri demi kebaikkan ummah.
menjaga sahabat itu sendiri seperti mana diri sendiri hendak di jaga
tidak ada kepentingan diri langsung,
begitulah yang sering cuba di serapkan oleh Ust Hasrizal Jamil
'erti hidup pada memberi'

pasti indah jemaah ini andai setiap insan menyulami keikhlasan dalam berukhuwah

  akak jumper ramai orang yang mem'plastik'kan ukhuwah
  tapi akak nampak keikhlasan dari akhlak awak..
  kiter tak perlu menjadi 'yang terlalu thiQah'
  insyaALLAH bila keikhlasan memenuhi hati kita, ALLAH akan pandu akhlaq kita..

sebab tuey setiap kali dekat dengan awak..air mata akak akan mudah mengalir,  =) selama neyh akak selalu dengar tentang keindahan dalam ukhuwah. namun awak di antara orang yang membuka pintu kebenaran kepada indahnyer ukhuwah itu sendiri...sehinggakan akak sedih, kalau awak tak der..saper nak tolong akak jaga iman akak..~

di sinilah indahnyer ukhuwah, apabila kita saling membantu untuk menjaga iman masing2 agar kita semua mampu membina sebuah ummah yang mantOp...
kalau kita masing2 mahu menunjukkan yang kita lebih baik dari sahabat kita
malah sering membantu kepada keruntuhan iman sahabat kita...
sampai bila Islam nak maju..?

terima kasih sebab hadir dalam hidup akak... =) awak membuka paradigma yang baru untuk akak...
kadang kala akak malu nak fikir, awak masih memberi peluang bersahabat kepada akak (yang teruk neyh =P) jadi siapa akak untuk kater orang lain lebeh teruk..
hadirnya awak buat akak lebih terbuka untuk menerima sesiapa sahaja dalam mengikat tali ukhuwah...
kalau awak boleh terima akak..
kenapa akak tak boleh terima orang lain kan?! =)

maafkan akak, sbb selalu menjauhkan dri dari awak...
mungkin agak mementingkan diri..
tapi bagi memudahkan akak menyesuaikan diri tatkala awak takder..
berdikari dalam menjaga iman sendiri... ='(

tuey la..kan kak mar da kater.. 'sayer neyh romantik orangnyer'
tapi tak tau la romantik dengan cembeng tuey ader perbezaan ker takder
hahaha~

okey lah..tak der aper nak sedey2..
jangan luper balik at least lagi 3 tahun tau..~ hahahaha
miss u sO much..~
take a good care
luv you..mY LurveLy mOon2

Sunday, September 6, 2009

Salam Ukhuwah FiLLah

masih segar lagi suatu ketika dulu saat hati ini sering merintih..
mencari makna ukhuwah fillah...
mencari makna mahabbatillah..
namun kesudahannya..? hanyalah linangan air mata...

entah di mana silapnya..
namun yang pasti iman diri ini belum sempurna..
oleh itu ALLAH hadirkan ujian dan cubaan
agar diri ini sentiasa dekat mengingati tuhannya..

sehingga setelah sekian lelah..ALLAH hadihkan sebuat ikatan ukhuwah yang sangat indah
entah bagaimana harus aku gambarkan melalui perkataan
terima kasih sahabiyah2..kehadiranmu amat daku hargai..

lalu aku titipkan blog ini, sebagai satu aspirasi atau penghargaan
atas bunga2 husnuzhan sahabat2, daun2 kesabaran sahabat2 serta embun2 kasih sayang yang sentiasa memekarkan lagi ukhuwah ini...

mungkin juga terlalu obses dengan ukhuwah, namun kehadiran blog ini lebih kepada jalan pengantara untuk diri ini menyampaikan hasrat hati yang tidak terluah melauli kata2. Blog ini lebih bersifat peribag\di..jadi buat sahaba\iyah2 yang cintakan ilmu, maaf andai information kurang di dalam blog ini, mungkin boleh ziarah ke my official blog baitulmahabbah.blogspot.com

syukran jazilan kerana menerima diri ini lemah seadanya..
moga ALLAH eratkan ikatan tali hati kita dengan tarbiyahNya


hipOtesis ukhuwah : Lebih tinggi pengorbanan, lebih indah persahabatan

::.HalawatUL Ukhuwah.::

"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."

UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.

Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga... sahabat....

sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih.

Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)

sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..

Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat....

Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.

sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang................. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.

ukhuwah dapat diselami apabila kita:

"sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."

"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa" "hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan>"

"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"

"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan." "memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."

sahabat.... Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..