Friday, August 26, 2011

~saya seekor beruang yang comel~





saya seperti seekor beruang yang comel 
saya ada ibubapa yang sentiasa menyayangi saya
saya ada nenek dan atuk yang sentiasa melindungi saya
saya ada makcik & pakcik yang sentiasa menasihati saya
saya ada adik-adik yang menceriakan hati saya
saya ada sanak saudara yang menjadikan mimpi2 saya indah
dan saya ada sahabat2 yang mengasihi dan menghormati saya setiap masa dan setiap waktu


saya seperti seekor beruang yang comel
terima kasih kerana hadir dalam hidup saya
terima kasih sebab sudi memaafkan saya
terima kasih sebab menerima segala kelemahan saya
terima kasih sebab membuat diri saya betul2 berharga
terima kasih Ya Allah sebab merahmati hubungan kami dan membahagiakan kami


semoga hadirnya saya dalam hidup awak
membuatkan awak comel seperti seekor beruang jugak =)







Wednesday, July 20, 2011

sahabat..yang aku raikan dengan cinta

sahabat...
menyayangimu lebih indah dari pelangi
merinduimu lebih panas dari mentari
melihat senyumanmu umpama kabus di pagi hari
mendengar gelak tawa mu membuahkan semangat yang tinggi

sahabat...yang selalu aku raikan dengan cinta
berbahagialah selalu
kerana kebahagiaanmu adalah senyuman ku
gelak tawa mu kunci kegembiraanku
kesedihanmu merobek luka dalam hatiku

sahabat..
aku menyayangimu lebih dari diriku
mengharapkan kegembiraan untukmu
walau ku sedikit terluka
ingin berkongsi senyuman denganmu
aku ingin kau bahagia

berbahagialah sahabatku =)