menyayangimu lebih indah dari pelangi
merinduimu lebih panas dari mentari
melihat senyumanmu umpama kabus di pagi hari
mendengar gelak tawa mu membuahkan semangat yang tinggi
sahabat...yang selalu aku raikan dengan cinta
berbahagialah selalu
kerana kebahagiaanmu adalah senyuman ku
gelak tawa mu kunci kegembiraanku
kesedihanmu merobek luka dalam hatiku
sahabat..
aku menyayangimu lebih dari diriku
mengharapkan kegembiraan untukmu
walau ku sedikit terluka
ingin berkongsi senyuman denganmu
aku ingin kau bahagia
berbahagialah sahabatku =)
No comments:
Post a Comment