Tuesday, December 29, 2009

istimewa buat sahabiyah, permata hatiku (facebook)

seringkali..ku buka lembaran facebook sahabiyah2 ku..
rindu yang terubat, semangat yang membakar dan kecemburuan terhadap iman dan istiqamahnyer mereka dalam mengejar redha-MU
ziarah facebook ini, aku lakukan acap kali..
sungguh tanpa mereka sedari, walau aku jauh dari sisi... namun aku sentiasa memerhati
setiap langkah dan gerak geri..
akan aku jadikan pengajaran & pelajaran... <3

cintaku pada sahabiyah2 ku amatlah tinggi...
dari setiap sisi, mereka sering mangajarku & memperbetulkan kesilapanku..
setiap satu antara mereka sangatlah unik sekali
sehingga aku terasa amat rendah diri berada di samping mereka...

cuma diri yang indah umpama mawar yang merah
akan turut pudar saat kita terleka denan 'kebiasaan' kita..
kebiasaan yang bakal meruntun keayuan seorang muslimah...

sahabiyah ku yang tersayang...
ku lihat secara realitinya kamu sangatlah istimewa..
auratmu terjaga bersama penampilan solehahmu yang mempersona
akhlaqmu terzahir indah bersama sifat malu mu yang menghijab keistimewaan diri
akalmu pintar kerna dambaan ilmu mu yang tinggi, malah kepintaran ini sering menjadi penyelesai kepada masalah mad'u mu
ibadahmu mantap bersama tawadhu' yang tidak pernah lekang dari hati...


namun wahai permata hatiku..
sering kali saat diri ini menziarahi lembaran2 facebook,
aku sendiri malu dengan imej2 gambar yang kita upload..
sedikit mugkin pandangan dari diri yang lemah ini, agar mampu kita maanfaatkan bersama..

wahai bunga2 yang mewarnai jalan ALLAH..
apabila bergambar, aurat itu perlu di jaga..
bukan sahaja aurat kita, malah teman2 kita juga..
kasihan pada mereka..
untuk lebih mudah..gambar2 aktiviti seperti rehlah, outdoor sports, berenang..
usah kita upload.. @ sekiranya masih dikongsi bersama teman2..
maka privatekan untuk muslimat sahaja

kalau bergambar beramai2..perlu diingatkan sahabat2
kalau kita memakai seluar, elakan duduk bersila..
bagi bantu menjaga iman masing2..

juga buat sahabat2 yang ALLAH kurniakan wajah yang subhanallah..penyejuk mata
kalau bergambar tu, memek mukanya jangan keterlaluan ..
lucu nanti di lihat orang lain..
apatah lagi muslimin yang nakal..di ejek nanti =)

kita itu muslimah..
yang bukan sahaja cantik paras rupa..
juga cantik akhlaqnya, aqalnya juga hatinya..
muslimat itu penyeri kepada wadah perjuangan
jalan menujumardhatillah

kita ini pemangkin iman muslimin..
bukan meruhkan lagi iman mereka

Sunday, December 20, 2009

bergerak sebagai satu entiti kelarga.. ~

Bismillahirrahmanirrahim..~
dengan seluruh kerendahan hati..

janji ALLAH, 'dalam setiap kesulitan itu ada kemudahan..'
semoga hari2 sukar yang kita lalui sepanjang mengatur dan menjalankan program ini di permudahkan oleh ALLAH..

Allah ingatkan lagi dalam surah Al-Baqarah 216
'...padahal kamu tidak meyukai sesuatu bagimu. tetapi itu baik untuk kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu , padahal itu tidak baik bagimu. Allah megetahui sedang kamu tidak mengetahui.'

dan ada mungkin kita kepenatan atau mungkin berbeza pendapat..
jadi hadapinya dengan kasih sayang..
kerana atas kasih sayang-Nya, kita bertemu di sini
dan atas kasih sayang itu kita bersama2 bergerak untuk mendapat redha-Nya..

oleh itu kita perlu betulkan matlamat kita..
kenapa kita ada di sini..
kenapa kita semua bersama..
ke mana arah kita untuk bergerak..
apakah kita redha dengan apa yang sedang kita lakukan..

saat ader yang bersalah...kita redha memaafkan..
dan saat kita yang tersilap, moga ader yang sudi untuk menegur

di dalam sebuah entiti keluarga, tidak ader yang betul, tidak ader yang salah..
kerana kita hadapi segala kemungkinan bersama
andai betul, maka kita sama2 betul..
andai salah, kita memikulnya bersama
kerana kita membuat keputusaan atas persetujuan semua..

jangan ada yang tersimpan di hati..
kelak mula masalah hati..payah nanti =B

titipan ini istimewa buat bondaku, ummi nOra yang sentiasa dengan rendah hati cuba memahami serta memenuhi kehendak puluhan ribu pihak.
istimewa buat ayahanda ku (musti xbace punyer huh~)
istimewa buat kekanda ku, nOrhayati nawawi , nOrzizie aLias & norashikin addEnan... pengorbanan yang tidak terhingga, mengerah tenaga dan kesabaran hati, merekalah yang ALLAH pilih sebagai insan yang berhati mulia
istimewa buat aunty zainatun & dindaku syada, yang sudi bersama..walau di mana pun terletak kepayahannyer, hati yang tertaut atas cintaNya
buat saudara2ku, m.imran, khairul fahmi, ahmad shauqi, ku afif & ahmad kamil, yang sudi bersama2 penat & lelah walau masih di tekan dengan kehendak study..~

mOga ALLAH memberkati serta merahmati hidup antum..yUk~ bergerak bersama..
bergerak sebagai satu keluarga =)

Sunday, December 13, 2009

ALLAH sangat2 memahami isi hati hamba2Nya

memula rase nak tukar maudu' kepada : mY best besday present =)...
tapi pk2 balik..xper la..yang penting isi kandungannyer kan..~

semalam merupakan di antara hadiah terbaik yang ALLAH beri dalam hidup mar =) mungkin juga sebagai satu motivasi setelah di uji hampir beberapa minggu. akhirnya ALLAH hadirkan sebuah program bagi meniupkan kembali roh ketenangan serta roh daie dalam hati yang sepi ini...

well mar attended a good program yang sarat ngan pengisisan, program neyh sangat2 bermakna.. =) penat tuey memang penat, sesekali tuey terlelap jugak.. =) selain dari itu ALLAH perlihatkan mar keindahan hidup dibimbing iman, melihat sahabiyah2 sejemaah yang hidup mereka dituntun oleyh syariat ALLAH, akhlaq mereka di garis dengan sunnah rasulullah... subhanallah...=)

hati sangat bahagia, ingin menjadi seperti mereka..keazaman yang mula membakar kembali..=)

ALLAH akhiri my perfect day dengan kemuncak penutup yang pasti takkan mar lupakan... i gotta a presen from kak aiza, buku yang memang mar da lama nak beli, since 1st tym mar nampak kat bLog iDOL mar..




cuma mar tak jadi beli, sbb ader 2-3 lagi buku yang mar da beli tapi tak sempat nak baca.. jadi mar fikir...

'takper lah..jangan terlalu ikutkan hati...kene rasional...
satu hari nanti dengan takdir ALLAH, kalau berjodoh i'ALLAH mar beli...'


tapi sungguh takdir ALLAH, mar berjodoh ngan buku tye.. =) melalui kak aiza sebagai wasilah..ALLAH temukan mar dengan buku yang hebat neyh.. =)
hati lebih lagi bahagia...merasai betapa hangatnyer kasih sayang ALLAH juga betapa lembutnya kasih sayang sahabatku, kak aiZa yang sangat prihatin serta sensitif denga sahabat2 beliau..

menjadi inspirasi mar untuk mencontohi beliau & sahabat2 jemaah len..moGa ALLAH sentiasa memberkati hidup antum  & moga ALLAH sentiasa kekalkan ikatan hati kita melaui kasih sayangNYA =)

terima kasih banyak2 kak =) maafkan mar andai ader yang tersalah sepanjang persahabatan kiter =)


Monday, December 7, 2009

misz butterfly =)

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

(petikkan sajak Aminah Qutb buat suaminya)

begitulah indahnya menjadi pejuang ALLAH
ALLAH akan isi hati2 kita dengan kasih & sayang di bawah keredhaanNYA
mar pun rindu kat miss butterfLy, miss catwOman dan sahabat2 kat sana
rindu nak gi 'ibu pejabat', rindu US pukul 9 pagi  hee~
rindu nak jual kebab meeting sampai kul 3 pagi (hee~)
rindu nak dengar miss butterfLy cakap "..emm naper kita tak tau.." heee~
meninggalkan lebeyh perit dari di tinggalkan...
tapi walaubagaimanapun..perjuangan harus di teruskan...
matlamat kiter bukan hanya mewujudkan biah (surrounding) islamiyyah kat kampus jea..
tapi seluruh Malaysia

mar da mula join usrah  kat sini..
sangat jauh berbeza dengan usrah kita...
sering kali rindu kata2 hikmah yang keluar dari ustaz, wafa dan misz catwOman..
juga rindu sekali pada tangisan miss butterfLy yang sering meniupkan keinsafan
jugak soalan2 miss butterfLy yang meligatkan kotak fikiran untuk berfikir
peribadi miss butterfLy yang sentiasa positif dan optimis
merindui sahabat seperti miss butterFly
dan sering bermimpi untuk menjadi sepertimiss butterfLy
namun ini semua cabaran baru bagi mar..
kelak nanti miss butterFly juga harus bersedia mengahadapi cabaran & dugaan seperti ini
kerana kita parajurit ALLAH
hati kita itu di pimpin oleh ALLAh
demi mengibarkan AgamaNya dan menyelamatkan lebeyh ramai saudara kita..

saLam rindu & sayang dari mar...
kita parajurit ALLAH
berpisah sebentar di dunia,
moga kelak kita bertemu di syurga ... amin


--- On Mon, 12/7/09, Ili Farhana <ilfan_hana@yahoo.com> wrote:

From: Ili Farhana
Subject: jom jadi sukarelawan :Sehari Bersama Asnaf Perdana
To: ya_ammurah@yahoo.com
Date: Monday, December 7, 2009, 12:47 AM

rindu la kt mar ngan k.lea...sedey nyer~

Sunday, November 15, 2009

meninggalkan lebih perit dari ditinggalkan.. =)






















seandainya gambar bijak bersuara, pasti pantas meluahkan segalanya
suatu ungkapan yang tak mampu di urai
dek kerana gusar air mata berjurai..

langkahku longlai,



4 tahun bukan sekejap
tapi hidup ini bukan 4 tahun jer kan...~
rindu+sayang kat sume, and even saya bukanlah orang yang bijak meluahkannyer
tapi saya nak sume orang tahu yang saya sangat sayangkan korang sume!!!

mar pun ader masalah.. =)

seronoknya hari neyh ... =)
setelah ALLAH hadirkan seminggu yang hampir sempurna, kini ALLAH hadirkan ujian bagi mendekatkan hati padaNYA =)

mar mengaku recently mar terlalu obses tentang ukhuwwah...
seriuosly... i love my friends..
might i deserve to say dat i'm surrounded by love.. =)
wah macam orang di lamun cinta... hehe...

pada mar..bila kita jujur+ikhlas dalam bersahabat..sahabat2 kita pun akan memantulkan perkara yang sama..
sebenarnyer ia bukan hadir dari diri sahabat2, tetapi ALLAHyang mengilhamkan pada diri sahabat2.. =) em faham ker..?

dan sahabat2 saya sume baik dengan saya...saya sangat bersyukur, ALLAH beri peluang untuk saya mengenali mereka.. =)

namun apabila kita mengimpikan kehidupan yan tenang + comfirtable, tanpa sebarang masalah, maka kita berkawan dengan nafsu. Sedangkan jidup mujahid itu penuh dengan onak dan cobaan sebagai rencah kebahagiaan

satu ketika ALLAH uji persahabatan kami, dengan kelemahan diri masing2. mar sangat sedeyh..keadaan sudah tak seperti dahulu lagi...

tapi mar beriltizam untun memeperbaiki masalah ini..
moga ALLAH mudahkan

(xboley ulas panjang herm~)

saat cinta melebihi cinta Yang Esa

Bismillahirrahmanirrahim... =)
entah apa khabar la adik2 akak sekarang..

 
tapi kalau ikut borak2 kiter tym raya hari tuey..nampaknyer adik2 akak dah kembali ceria.. =) alhamdulillah..~

 
segala puji bagi ALLAH yang melahirkan ketenangan di dalam hati ini..
sesungguhnyer kami hanyalah hamba yang lemah tanpa di dorong oleh Mu Ya Rabbi

 
akak simpulkan kisah adik2, kerana pada pandangan akak..awak berdua di dalam situasi yang hampir sama..

semoga kita sama2 belajar dari pentarbiyahan (latihan) dari ALLAH ini.. =)

 
cinta adalah satu lumrah ujian bagi setiap manusia..

pada pendapat akak..ader kemungkinan setiap insan akan di uji dengan ujian cinta sebelum di uji ke peringkat yang lebih tinggi lagi..

 
jangan takut adik2 ku... jangan takut untuk berterus terang dan berhadapan dengan masalah..

 
kerana kita mencari penyelesaian, penyelesaiaan bagi membersihkan hati kita dari kekotoran maksiat yang menjauhkan kita dari Ilahi

 
dan bukan suatu yang mudah adik2ku...
pasti ader dugaan tatkala kita cuba menjauhkan diri dari nafsu duniawi..

Sayang..lihatlah tiap kali kita mencintai sesuatu itu melebihi dari ALLAH, maka ALLAH akan menggambilnya dari kita, kerana ALLAH tidak mahu ianya menganggu kecintaan kita pada Ilahi. Sedangkan mencintai ALLAH itukan merupakan tujuan utama kita hidup di dunia ini.. lupakah kita?

sayang...
akak juga pernah di uji,

pernah suatu ketika, akak di dalam perjalanan untuk menunaikan Solat Terawikh di Balai Islam, niat memang nak gerak awal sbb nak tadabbur kat sana, lagipun malam neyh mungkin kak mar tak dapat habiskan solat terawikh kat sana, sbb kene convoi untuk Pidato Umum Kak faezah (Calon PPi). On da way tuey, dapat mesej dari seorang sahabiyah yang sangat2 kak mar sayang, pesan mintak tolong belikan glukose, badan beliau tidak sihat. Kak mar tahu kalau kak mar g beli glukose neyh mungkin sampai untuk terawikh lewat sikit, sbb neyh da pukul 8.15 malam, tapi kesian pulak kat sahabat tuey... So kak mar decide gie la jugak...sampai2 kat Tunas manja, yang tengah beratur panjang sangat, kak mar gegas beli dengan harapan ALLAH mudahkan. Tapi sebab beratur ramai sangat, kak mar sampai kat cashier pukul 8.45 malam. Kak mar pun gegas ler ker B.Islam, orang da start solat terawikh da, jadik kak mar ceat2 solat isya, dengan harapan dapat ikut terawikh 4 rakaat pun jadi lah kan, usai kak mar solat isya', kak Faezah call suh get ready tuk convoi...hurm~ 1 kali terawikh pun tak dapat...

padahal kawan kak mar tuey cakap da, kalau tak sempat nak beli tak yah beli, kemudian pun tak per...

Malam tuey kak mar attented pidato umum, dan ader sesuatu yang berlaku yang sangat melukakan atiey kak mar...
kak mar muhasabah balik, pastinyer ini balasan kerana kak mar mendahulukan sahabat dari ALLAH...
nampak tak..? apa pun yang kita lakukan, dahulukanlah ALLAH dalam setiap hal =)

Thursday, October 8, 2009

Hadir di Dalam Ukhuwah yang Indah

Ukhwah itu indah


Baru2 neyh salah seorang sahabat kami menghadapi masalah…mar kesian sangat dengan dia, mar rasa bertanggungjawab sangat. Ukhuwah ini apabila kita menyayangi sahabat kita melebihi dari kita menyayangi diri kita sendiri. Alhamduillah, mar dapat rasakan begitu, mungkin ini menunjukkan ader tautan hati antara kami.

Mar faham dia masih muda, ini semua adalah pentarbiyahan dari ALLAH untuknya. Mar yakin satu hari nanti, dengan izin ALLAH, dia pasti mampu mengubah hidupnya ke jalan yang di cintai ALLAH.

Setiap orang wajar di beri peluang untuk berubah dan kita tidak ada hak untuk menghakimi seseorang.

Mar cukup tak suka orang yang mengutuk kesalahan orang lain kemudian tidak mahu membantu memperbaiki orang tersebut, atas pelbagai alasan…

Cuba bayangkan kalau orang kita kutuk tuey ialah adik kita
Atau bayangkan perasaan dia ketika kita kutuk dia…

pada mar, bila kita kiota mengaku mempunyai ikatan hati & persahabatan, seharusnya kita mengharungi susah senang itu bersama
bukan sekadar duduk berkumpulan, kemudian gelakkan kawan kita yang membuat kesilapan..
cheh! kater muslimah solehah!
ukhuwah aper kalau macam tue

toksah la duk kater ber'ukhuwah kalau sering mengungkapkan..
'em..ana buka nak mengutuk, sekadar meluahkan perasaan'

Jangan jadi perosak kepada sesebuah ukhuwah



Ukhuwah bermula dengan ikatan hati antara satu sama lain. Andai hati-hati yang bertaut itu saling bantu-membantu dalam tazkiyatun nafs, maka kita akan melahirkan ukhuwah yang indah, suci dan mantap. Andai kita isi ukhuwah kita dengan pelbagai perkara mazmumah, percayalah ianya tidak akan kekal lama.


Jadi sekiranya kita sayangkan ukhuwah yang terjalin antara kita, dekati perkara2 mahmudah dan jauhi perkara mazmumah

Cintailah ukhuwah itu dengan segala keindahan dan kemurnian Islam, jangan sesekali kita kotori ikatan suci ini dengan kekotoran dan kemaksiatan.

Bak kater ust wan dalam usrah kita baru2 neyh

peringkat paling rendah di dalam ukhuwah itu apabila kita husnuzhan sesama sahabat/yah kita
manakal peringkat paling tinggi apabila kita mendahaluikan sahabat kita lebih dari diri sendiri

jadik ayuh! kita capai tangga tertinggi dalam ukhuwah!
ayuh! kita hadirkan diri di dalamUkhuwah yang indah

Monday, October 5, 2009

buat adikku sayang..~

Salam a'Laik..adikku sayang...~
first of aLL akak naK mintak maaf atas kesalahan2 akak sebelum neyh..~ sungguh akak belum layak untuk di gelar daie..

adikku sayang, kehidupan ini adalah proses pembelajaran, di mana pun selekoh yang kita lalui, kita perlu ambil baik buruknya untuk kita jadikan iktibar. Contohnya pertemuan sekali lagi antara akak dan awak.. ini juga salah satu bentuk pentarbiyahan dari ALLAH untuk kita berdua. Mungkin akak banyak ambil ringan atas beberapa perkara, sehingga menyebabkan apa yang tak sepatutnyer berlaku..sudah pun berlaku..

sebagai hamba ALLAH, kita tak sepatutnyer menyalahkan takdir, akak @ awak..kita sepatutnyer menerima jalan yang telah kita lalui ini dengan hati yang terbuka. Disamping itu sama2 kita muhasabah diri kembali, di mana salah silap kita sepanjang perjalanan ini..~

akak rasa bersalah dengan keadaan awak sekarang..mungkin method yang akak guna salah, dan akak sendiri mengambil ringan banyak perkara tanpa memikirkan baik buruknyer...

adikku..~
akak fikir mungkin si Dia dapat mengisi kekosongan hati awak yang selama ini dipenuhi dengan cinta2 dunia yang sangat kotor. Akak fikir si Dia yang akak kenali selama hampir 5 tahun, mampu membawa awak ke arah yang lebih baik. Macam akak pernah kater, dalam ramai2 lelaki yang awak pernah kenal, aka rasa dia muslimin yang agak baik.

tapi akak luper...matlamat tak menghalalkan cara, aper pun niat akak, cinta+ikhtilat anata m'mat dan m'min adalah haram. akak terpesong antara kehendak syar'ie dengan kehendak diri sendiri. akak salah, walaupun awak di peringkat awal pentarbiyahan, yang haram tetap haram. seperti di dalam surah al-maeda : 87

"Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah ALLAH halalkan ke atas kamu, dan janganlah kamu melampau batas.."

yang haram tetap haram..

adik kak mar yang ALLAH sayangi..
cuba buka peluang dalam diri untu 'berubah'. Buka pintu baru...pintu cinta baru yang bergelar Mahabbatillah. Pintu yang membuka ruang kepada cinta-cinta ALLAH.
Kita sama2 lupa dan pendamkan jauh2 kisah yang lama..
usah diungkit lagi..
kali neyh kita sama2 mengorak langkah.. menjadi muslimah yang lebih baik...



kenapa yer nak jadi muslimah solehah?
adik~ muslimah solehah itu di cintai ALLAH..
aper yang kita dapat dari Cinta ALLAH?
ALLAH akan bagi segala2 nya yang tak mampu kita impi..
yang paling indah sekali adalah syurga firdausi
yang paling penting sekali redha Ilahi..
kejarlah cinta Ilahi, Dialah pemilik cinta hakiki
Susah memang susah sayang...~ tapi cuba kita fikir sama2,
kemanakah kita tanpa redha dari NYA?

bersediakah kita ke neraka?
Akhirat itu benar dik..ianya akan berlaku
saat itu tiada lagi pengampuan lagi bagi kita..
jadi selama mana kita ada masa..rebutlah peluang memohon ampun dan keredhaan dari NYA

Wednesday, September 23, 2009

ukhuwah memangkir pagar keimanan - mY LurveLy mOon2




Pernah sekali hati ini berfikir, mampukah perpisahan di raikaan dengan kegembiraaan?sedang ukhuwah masih baru terjalin, kasih sayang masih baru bersemi...keindahan halawatul iman masih baru dirasai. saat hati ini sangat menyayangi dia..lalu ALLAH ambil dia dari hati ini...

sungguh Allah memberi dan menarik nikmat itu atas kehendakNya,
dan setiap takdirNya pasti ada hikmah yang tersirat...

sangat memetingkan diri sekiranya diri ini tidak merelakan pemergiaan dia..kerana dia pergi demi cita dan cintaNya untuk ummah.

pernah aku mengadu pada ummi, kesakitan yang aku rasai
sungguh aku tak dapat bendung lagi...
jawapan ummi mudah..
apakah ALLAH meredhai sekiranya kita mencintai/menyayangi hamba lebih dariNya?
Allah menarik nikmat agar kita kembali kepadaNYa
kembali kepada cintaNya
bukan cinta manusia..~

   maafkan akak, sayang...bukan akak tidak menghargaimu saat kita bersama, namun mendekati dirimu sahaja akak tidak mampu. sentiasa bermain di fikiran akak, yang satu hari nanti akak tak mampu lgi melihat awak di sisi, bersama kami...semuanya masih baru untuk akak, dan akak belum bersedia untuk kehilanganya... kehilangan memori-memori indah neyh...

   mesti awak pelik kan..akak touching lebeyh2 hahaha~
   biar saper pun jodoh awak..akak tetap sayang kat awak...

   bukan kerana usikkan2 itu yang membuahkan rasa sayang ini, tetapi satu peristiwa yang akak tak pernah rasa sebelum neyh..~ masih segar lagi dalam fikiran akak, dan sentiasa segar...

   di sini bermulanyer cerita... (sajer jer intro touching2 kat atas tuey, khusus tuk cik moOn hahah)

   ketika kita mengadakan program di Kalumpang resort bersama adik2 dari program asnaf, keadaan sangat sibuk...dan ader satu ketika urusetia kalumpang resort Mr. Bambang panggil akak untuk berbincang sekejap, akak ingat lagi awak tanya..
   "nak gie maner kak?"
   "akak nak jumper en.bambang tuey jap, nak bincang aper ntah.."
   "ha..saya ikut la teman akak.."

  mula2 akak terfikir.. 'naper yea nak ikut akak..budak2 ramai kan kat dewan'...tapi akak tak tanya, dan akak baru realise, awak nak teman akak bagi menjaga akak dari fitnah..

  akak sangat terharu..dan sangat sedih dengan diri sendiri...
  akak tak leyh jaga diri sendiri, tapi ader adik yang nak jaga akak...

   tak kira akak duduk berapa kejap pun dengan en.bambang tuey, tetap haram di sisi Islam. berapa jauh protocol atau PR yang terserap di dalam jiwa akak sehingga akak membelakang syar'ie itu sendiri.

berbahagialah insan2 yang mempunyai sahabat seperti awak...
menyayangi sahabat itu sendiri demi kebaikkan ummah.
menjaga sahabat itu sendiri seperti mana diri sendiri hendak di jaga
tidak ada kepentingan diri langsung,
begitulah yang sering cuba di serapkan oleh Ust Hasrizal Jamil
'erti hidup pada memberi'

pasti indah jemaah ini andai setiap insan menyulami keikhlasan dalam berukhuwah

  akak jumper ramai orang yang mem'plastik'kan ukhuwah
  tapi akak nampak keikhlasan dari akhlak awak..
  kiter tak perlu menjadi 'yang terlalu thiQah'
  insyaALLAH bila keikhlasan memenuhi hati kita, ALLAH akan pandu akhlaq kita..

sebab tuey setiap kali dekat dengan awak..air mata akak akan mudah mengalir,  =) selama neyh akak selalu dengar tentang keindahan dalam ukhuwah. namun awak di antara orang yang membuka pintu kebenaran kepada indahnyer ukhuwah itu sendiri...sehinggakan akak sedih, kalau awak tak der..saper nak tolong akak jaga iman akak..~

di sinilah indahnyer ukhuwah, apabila kita saling membantu untuk menjaga iman masing2 agar kita semua mampu membina sebuah ummah yang mantOp...
kalau kita masing2 mahu menunjukkan yang kita lebih baik dari sahabat kita
malah sering membantu kepada keruntuhan iman sahabat kita...
sampai bila Islam nak maju..?

terima kasih sebab hadir dalam hidup akak... =) awak membuka paradigma yang baru untuk akak...
kadang kala akak malu nak fikir, awak masih memberi peluang bersahabat kepada akak (yang teruk neyh =P) jadi siapa akak untuk kater orang lain lebeh teruk..
hadirnya awak buat akak lebih terbuka untuk menerima sesiapa sahaja dalam mengikat tali ukhuwah...
kalau awak boleh terima akak..
kenapa akak tak boleh terima orang lain kan?! =)

maafkan akak, sbb selalu menjauhkan dri dari awak...
mungkin agak mementingkan diri..
tapi bagi memudahkan akak menyesuaikan diri tatkala awak takder..
berdikari dalam menjaga iman sendiri... ='(

tuey la..kan kak mar da kater.. 'sayer neyh romantik orangnyer'
tapi tak tau la romantik dengan cembeng tuey ader perbezaan ker takder
hahaha~

okey lah..tak der aper nak sedey2..
jangan luper balik at least lagi 3 tahun tau..~ hahahaha
miss u sO much..~
take a good care
luv you..mY LurveLy mOon2

Sunday, September 6, 2009

Salam Ukhuwah FiLLah

masih segar lagi suatu ketika dulu saat hati ini sering merintih..
mencari makna ukhuwah fillah...
mencari makna mahabbatillah..
namun kesudahannya..? hanyalah linangan air mata...

entah di mana silapnya..
namun yang pasti iman diri ini belum sempurna..
oleh itu ALLAH hadirkan ujian dan cubaan
agar diri ini sentiasa dekat mengingati tuhannya..

sehingga setelah sekian lelah..ALLAH hadihkan sebuat ikatan ukhuwah yang sangat indah
entah bagaimana harus aku gambarkan melalui perkataan
terima kasih sahabiyah2..kehadiranmu amat daku hargai..

lalu aku titipkan blog ini, sebagai satu aspirasi atau penghargaan
atas bunga2 husnuzhan sahabat2, daun2 kesabaran sahabat2 serta embun2 kasih sayang yang sentiasa memekarkan lagi ukhuwah ini...

mungkin juga terlalu obses dengan ukhuwah, namun kehadiran blog ini lebih kepada jalan pengantara untuk diri ini menyampaikan hasrat hati yang tidak terluah melauli kata2. Blog ini lebih bersifat peribag\di..jadi buat sahaba\iyah2 yang cintakan ilmu, maaf andai information kurang di dalam blog ini, mungkin boleh ziarah ke my official blog baitulmahabbah.blogspot.com

syukran jazilan kerana menerima diri ini lemah seadanya..
moga ALLAH eratkan ikatan tali hati kita dengan tarbiyahNya


hipOtesis ukhuwah : Lebih tinggi pengorbanan, lebih indah persahabatan

::.HalawatUL Ukhuwah.::

"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."

UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.

Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga... sahabat....

sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih.

Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)

sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..

Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat....

Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.

sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang................. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.

ukhuwah dapat diselami apabila kita:

"sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."

"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa" "hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan>"

"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"

"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan." "memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."

sahabat.... Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..