Tuesday, December 29, 2009

istimewa buat sahabiyah, permata hatiku (facebook)

seringkali..ku buka lembaran facebook sahabiyah2 ku..
rindu yang terubat, semangat yang membakar dan kecemburuan terhadap iman dan istiqamahnyer mereka dalam mengejar redha-MU
ziarah facebook ini, aku lakukan acap kali..
sungguh tanpa mereka sedari, walau aku jauh dari sisi... namun aku sentiasa memerhati
setiap langkah dan gerak geri..
akan aku jadikan pengajaran & pelajaran... <3

cintaku pada sahabiyah2 ku amatlah tinggi...
dari setiap sisi, mereka sering mangajarku & memperbetulkan kesilapanku..
setiap satu antara mereka sangatlah unik sekali
sehingga aku terasa amat rendah diri berada di samping mereka...

cuma diri yang indah umpama mawar yang merah
akan turut pudar saat kita terleka denan 'kebiasaan' kita..
kebiasaan yang bakal meruntun keayuan seorang muslimah...

sahabiyah ku yang tersayang...
ku lihat secara realitinya kamu sangatlah istimewa..
auratmu terjaga bersama penampilan solehahmu yang mempersona
akhlaqmu terzahir indah bersama sifat malu mu yang menghijab keistimewaan diri
akalmu pintar kerna dambaan ilmu mu yang tinggi, malah kepintaran ini sering menjadi penyelesai kepada masalah mad'u mu
ibadahmu mantap bersama tawadhu' yang tidak pernah lekang dari hati...


namun wahai permata hatiku..
sering kali saat diri ini menziarahi lembaran2 facebook,
aku sendiri malu dengan imej2 gambar yang kita upload..
sedikit mugkin pandangan dari diri yang lemah ini, agar mampu kita maanfaatkan bersama..

wahai bunga2 yang mewarnai jalan ALLAH..
apabila bergambar, aurat itu perlu di jaga..
bukan sahaja aurat kita, malah teman2 kita juga..
kasihan pada mereka..
untuk lebih mudah..gambar2 aktiviti seperti rehlah, outdoor sports, berenang..
usah kita upload.. @ sekiranya masih dikongsi bersama teman2..
maka privatekan untuk muslimat sahaja

kalau bergambar beramai2..perlu diingatkan sahabat2
kalau kita memakai seluar, elakan duduk bersila..
bagi bantu menjaga iman masing2..

juga buat sahabat2 yang ALLAH kurniakan wajah yang subhanallah..penyejuk mata
kalau bergambar tu, memek mukanya jangan keterlaluan ..
lucu nanti di lihat orang lain..
apatah lagi muslimin yang nakal..di ejek nanti =)

kita itu muslimah..
yang bukan sahaja cantik paras rupa..
juga cantik akhlaqnya, aqalnya juga hatinya..
muslimat itu penyeri kepada wadah perjuangan
jalan menujumardhatillah

kita ini pemangkin iman muslimin..
bukan meruhkan lagi iman mereka

No comments:

Post a Comment