Sunday, January 17, 2010

Forum Perancangan Berkeluarga : Muslimah dan Tanggungjawab Berjemaah

Alhamdulillah baru-baru neyh mar dapat ikut satu program yang penuh berilmu, Forum Perancangan Berkeluarga. Sykukran Jazilan buat sahabat2 yang sudi menjemput dan berkongsi majlis yang penuh manfaat ini dengan mar, semoga ALLAH merahmati hidup antum dan membuka jalan mudah di dalam membina baitul muslim ini. Buat moderator & sahabat2 panelis, semoga baitul muslim yang di bina, mampu menjadi qudwah hasanah buat ahli jemaah yang lain... =)

tertarik untuk berkongsi satu persoalan yang di tanya oleh salah seorang peserta,

"salah satu yang menyebabkan golongan muslimat tercicir dari gerakkan jemaah ini adalah tanggungjawab di dalam keluarga. apakah keluarga itu merupakan priority (keutamaan) dlm medan dakwah seorang muslimat, atau

tanggungjawab keluarga itu sendiri merupakan tanggungjawab kedua belah pihak, suami juga isteri?"

alhamdulillah, para panelis yang berpengalaman, mengutarakan jawapan yang sangat mantap berdasarkan pengalaman masing2 =)


tapi suka untuk mar berkongsi pendapat serta pengalaman mar sendiri, maner tahu mampu di jadikan tauladan serta pedoman =)

mar pernah bertanya soalan yang sama pada Ust Nazri, jawapan beliau...
"keluarga ini merupakan tanggungjawab kedua2 belak pihak, suami juga isteri. sebagai suami kita jangan bebankan isteri dengan tanggungjawab di rumah, ianya merupakan tanggungjawab bersama. begitu juga tangungjawab berjemaah, jemaah bukan tanggungjawab lelaki sahaja (suami) malah juga perempuan (isteri). Jika tidak..siapa yang akan mengerakkan muslimat? mak cik2 yang umurnya 45 thun & ke atas? yang kebanyanyakkannya qudrat kreativiti serta fizikal sudah lemah?"

teringat mar, ketika menziarahi rumah ust pada pukul 11.00 pagi, ust sedang membuaikan anaknya tidur. kami bertanya, di mana ustazah? ust menjawab ustzh kerja..sedang ust kerja sendiri (berniaga)

teringat juga kisah sepasang suami isteri di hulu kelang, alhamdulillah mereka mempunyai 4 orang cahaya mata yang sedang membesar. Ader suatu ketika, si suami ader usrah, manakala si isteri ader meeting. Si suami tidak menghalang si isteri untuk pergi meeting, aper yang mereka lakukan adalah perlu menjadi lebih kreatif, si suami bawa 2 anak, juga si isteri bawa 2 anak.

isteri perlu menjadi lebih kreatif dalam memenuhi kehendak keluarga juga kehendak jemaah
begitu sepatutnya suami, perlu cuba memahami kondisi seorang isteri serta keperluan & kepentingan mereka dalam berjemaah.

Seringkali, tanggungjawab di rumah menhadkan waktu kita (muslimah) di dalam gerakkan jemaah. Bagi sahabiyah2 yang belum berkahwin, nah...ini masanya, praktiskan dari awal. Pulang dari kerje, urus rumah dahulu, memasak, mengemas, membasuh dan sebagainya..kelak nanti malam boleh ke meeting, usrah @ sebagainya. Alah bisa tegal biasa...kalau di latih dari awal, mudah nanti. Kita pasti boleyh buat, Muslimah Power! Maju dan terus laju!!!

terima kasih atas perkongsian kakak2 panelis yang cukup bermakna...setiap dari kita pasti mempunyai cabaran yang berbeza. perkongsian kakak2 membuka lagi minda kami agar lebih bersedia untuk sebarang cabaran & rintangan yang mendatang.

mar sendiri tak tahu samada apa yang mar cakap ini praktikal @ tidak...mar sendiri masih mencuba..
sedang mar sendiri masih belum berkeluarga, tidak tahu ujian dan cabarannya..
semoga ALLAH membuka minda dan jalan yang lebeyh luas untuk kita semua =)







No comments:

Post a Comment