Sunday, January 31, 2010

Ust Hasrizal Hassan..~

   Baru2 neyh perkara yang asing berlaku pada saya...
Ust Hasrizal Hassan add saya kat faceboOk.. =) bagi yang pernah belajar di Ilmi, pasti mengenali Ust yang comel ini heee~

kali terakhir mar mendengar cerita mengenai ust, tahun lepas..khabarnya ust berhenti dari Ilmi. Satu khabar yang amat mengejutkan. Mar yakin, semua pasti tahu sejauh mana kecintaan ust hasrizal kepada Ilmi, hari demi hari begitu ramai pendidik yang keluar masuk Ilmi, namun ust tetap bertahan. Dan kebanyakan alumni dari kami, mempunyai satu alasan untuk kembali menziarahi Ilmi, adalah untuk bertemu Ustaz hasrizal. (walaupun hampir 10 kali ust tanya saya, awak belajar kat maner =B heee =)

Suka untuk mar berkongsi sisi pandangan mar terhadap ust Hasrizal. Mar bukan lah yang paling rapat dengan ust, mahupun murid kesayangan ust. Dan selalunyer mar la yang paling lemah dalam subject2 yang ust ajar =) Tapi satu benda yang mar yakin semua akan setuju, ust tak pernah pilih kasih dalam memberi Ilmu.. =) Mar ingat lagi selalu dapat teruk dalam insya', satu hari tuey..mar sepatutnya di rotan, sbb dapat markah teruk...tapi ust cakap..
  
   "ust nak rotan awak juga, tapi lain kali hafal insya tau~" walaupun mar selalu dapat teruk untuk insya', tapi ust tak pernah putus harapan...

   Pasti ramai yang ingat, tiap kali mengajar dalam kelas..bila ust tengok anak2 murid dah penat, ngantuk...mesti ust umpan  "haa...nak dengar cerita tak...?" (citer jin)..pastu mula la semua bersemangat balik =) weee~ tapi mesti ust encounter balik.."..ha kalau nak dengar citer, belajar dulu, 10 minit jea lagi..." hee..kiter sume neyh kan, macam budak tadika pun ader, senang jer diumpan =)


ust hasrizal dulu di Ilmi


ust hasrizal kini di HUKM

   Ingin mar ulas sikit latar belakang ust hasrizal, sedikit sebnyak personaliti beliau yang mengikat hati-hati kita untuk terus menyayangi dan menyenangi ust ini. Seperti ramai yang tahu, Ust hasrizal neyh merupakan one of best student di Maahad Muhammadi Kelantan. Selalu dalam kelas, ust akan citer kat kiter...kejayaan2 ust dulu, dan perjalanan ust sebelum bergelar pendidik. Mar yakin..ust citer semua neyh bagi menaikkan semangat kita. ye la bukan mudah mengorak langkah pengajian di sebuah sekolah kecil ini.

   Satu benda yang tak kan lekang dari ust, ialah senyuman ust walau ketika di mana pun. Sungguh indah akhlaq ust, kalau kita ingat..akhlaq ust sentiasa di hiasi dengan sunnah, subhanallah. Agaknya sebab tu lah hidup ust sentiasa tertib jer kan.. =). Ust memang seorang yang tertib dan teliti dalam pelbagai hal, dari sudut mengajar, tak pernah tengok ust kelam kabut habiskan silibus. Jugak tak pernah ust masuk kelas tanpa preparation, tambah satu lagi yang menunjukkan betapa telitinya ust neyh, tulisan khat ust yang sangat kemas dan tiada tandinganyer. Ramai yang menggelar ust hasrizal neyh ust comel, ust kiut heee~ (aper la ust, da tua2 pun kiut jugak wee~) Tapi memang tak dinafikan, ust memang comel, dari aura wajah beliau memang bersih. Langsung tidak di makan usia. kalau kita perhati pemakaian ust, pasti kemas selalu. Bila cerita tentang ust, kuat hati ingin mencontohi beliau..semoga ALLAH mudahkan diri ini mencontohi ust..ameen~

   Kalau di lihat kepada kronologi kehidupan ust, tidak ada yang kurang. excellent student in maahad muhammadi kelantan, pastu berjaya menyambung pelajaran di Al-Azhar mesir. Walau ust tak kerje besar2, tapi mar yakin...mengajar di Ilmi merupakan dream job ust, kita boleh nampak kepuasan ust mengajar. tapi ALLAH tidak akan biarkan seorang mujadid itu tanpa dugaan & cabaran , kerana di ditulah terletaknya cinta tuhan =) em~~~ sampai hari ni ust tak kawen lagi.. =)

   Sebagai anak murid, sayu rasanya bila dengar ust berbicara tentang 2 perkara, meninggalkan medan sebagai pendidik (sekarang ust bekerja di HUKM selepas 'meninggalkan/ditinggalkan' ILMi. Yang keduanya pasti soal jodoh. Hanya ust yang mengerti apa yang tersirat di hati ust...pastinya ada asbab tersendiri atas semuanya...

   ust..ana yakin bukan ana seorang, tetapi ramai di antara kami alumni ilmi, akan sentiasa mendoakan kebahagiaan ust =) Semoga ust berjumpa dengan isteri yang solehah dan kehidupan ust sentiasa di berkati serta di rahmati ALLAH =)


kasih sayang yang tak berbelah bagi buat sang pendidik yangs sangat di hormati.
mardhiya ahmad yazid
ilmi '04

2 comments:

  1. Salam...
    Ustaz terharu baca coretan anti. Segala pujian kembali kepada Allah. Doakan Ustaz terus istiqamah pada jalan kebenaran dan keredaan-Nya.

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Ustaz terharu baca coretan anti. Segala pujian kembali kepada Allah. Doakan Ustaz terus istiqamah pada jalan kebenaran dan keredaan-Nya.

    ReplyDelete