Sunday, November 30, 2014

Komunikasi Berkesan : When vernus try to make Mars Understand

Assalamualaikum wrt wbk
Men from mars and women from vernus
Buku yang sering di hadam, konon-kononnya sebagai satu persiapan untuk memahami pasangan kita setelah berkahwin nanti. Tetapi yang sering terjadi, kenapa yea...tak faham-faham juga.

Saya masih teringat, sembang santai saya dengan bakal adik ipar, beliau yangtidak begitu mengenali adik saya. Nasihat saya pada beliau ;
"Mana ada perkahwinan yang sempurna, walaupun kita kahwin dengan orang yang paling sempurna (di mata kita)"

Teringat saya pada seorang teman, beliau mengahwini rakan seperguruan kami yang paling terkenal dengan akhlaq yang baik, akal yang pintar serta sikap ramah tamah yang disenangi oleh semua orang. Selepas beberapa bulan pernikahan, beliau meluahkan isi hati, tidak sefahaman antara mereka. Saya sewaktu itu agak kaku, pelik. Sudah dapat suami sebaik itu, masih belum bersyukur?

Sehinggalah saya sudah mendirikan rumah tangga, baru saya faham, liku azabnya. Pusing saya memikirkan apakah medium komunikasi yang terbaik untuk kami. Supaya kami boleh berbincang dan suami boleh memahami saya tanpa perlu berbalah. Sehinggalah satu hari saya mendengar perkongsian dari Ustazah Fatimah Syarha, barulah saya sedar. Masalah Komunikasi ini adalah perkara ruji bagi semua suami isteri. lebih banyak kita cuba memahami, lebih mematangkan diri kita.

Suka saya kongsi beberapa tips antara saya dan suami bagi memastikan komunikasi kami, komunikasi yang positif dan optimis.

1. Selalu suarakan kasih sayang. Jangan Malu
Contohnya ; Terima Kasih Abang, Saya Sayang Abang, Abang yang terbaik untuk saya

2. Janga bersuara ketika marah. Bila kita marah, kita akan ada 1001 sebab untuk marah. Jadi bawa diri ke zon bertenang. Ambil masa, sekiranya suami mencelah, bagitahu, "saya perlukan masa untuk bertenang". Setelah bertenang baru mulakan perbincangan.

3. Halakan perbincangan kepada cara untuk menyelesaikan masalah. Bukan siapa betul dan siapa salah.

4. Suarakan. Sekiranya ada sesuatu yang pasangan kita lakukan yang mengguris hati kita maklumkan dalam keadaan yang tenang. Bertujuan supaya si Dia maklum akan sensitivity kita.
Contoh ; Abang, ma tak sukalah kalau abang bergurau pasal poligami

5. Suarakan dengan terang dan jelas. Pasangan lebih lagi lelaki, tidak akan faham perli, meraju dan sebagainya. Merajuk adalah perkara yang paling tidak munasabah selepas memasuki alam perkahwinan.

6. Bersabar. Barangkali satu hari nanti si Dia akan terkesan dengan kesabaran kita. Dan yang penting Allah melihat kesabaran kita, satu hari nanti pasti di bayar Allah.

7. Doa dan tawakkal. Sentiasa berharap pada Allah.

Sedikit sebanyak perkongsian dari saya, semoga bermanfaat.
Hanya kita yang menentukan bentuk keluarga kita
Binalah keluarga yang bahagia
Mohon doa bagi sahabat2 yang membaca




No comments:

Post a Comment