Saturday, June 27, 2015

10 Langkah Mudah Merangka Sessi Temuduga

Bismillahirrahmanirrahim.

Tangan ni memang da lama menggigil nak share tentang pengalaman sessi2 temuduga saya sebelum ni. Hampir 2-3 bulan ni, kerja saya memang banyak mengkhusus kepada sessi Temuduga. Maklumlah syarikat kecil milik keluarga, kitalah pengurus latihan, kitalah HR, kitalah RnD, Kitalah Operational, mujur ada pengurus2 cawangan dan guru-guru yang subhanallah memang sangat-sangat tabah dan rajin berkerja. 

Untuk makluman awal, syarikat kami syarikat kecil yang hanya mempunyai 5 caw. tadika dan tenaga kerja lebih kurang dalam 30 orang sahaja. Malah saya bukanlah expert dalam Sessi Temuduga ni, ini baru tahun pertama mengendalikan Sessi Temuduga, dan Alhamdulillah banyak yang saya berlajar. Semoga ianya membantu =)

1. Iklankan Kekosongan Jawatan
Untuk syarikat-syarikat kecil macam kami ni, memanglah kene iklankan kekosongan, apatah lagi jawatan bukanlah jawatan idaman kalbu, Guru Tadika, Pengasuh, Pembantu Am. Gaji taklah sehebat orang yang bekerja di office. Jadi method pengiklanan perlu lebih meluas, antara yang saya pernah guna Iklankan Jawatan Kosong di Akhbar (tapi perlukan sedikit kos untuk iklan berbaris) ataupun sekiranya premis atau lokasi anda berdekatan dengan jalan utama, boleh letak papan tanda atau banner tentang kekosongan jawatan.

2. Respon Dari Pengiklanan
Biasanya kita akan terima panggilan, sms atau wassap yang bertanyakan tentang kekososngan jawatan. Jangan hadkan jumlah calon temuduga. Kalau boleh, beri peluang untuk sesiapa sahaja yang bertanya untuk di temuduga. Kerana, belum tentu calon yang kita temuduga boleh masuk bekerja atau layak untuk di ambil bekerja.

3. Set Masa & Tempat untuk Sessi Temuduga.
Untuk mengefektifkan masa kita, saya suka untuk mengumpulkan beberapa calon dalam 1 Sessi Temuduga. Sebaiknya pilih tarikh terdekat untuk Sessi Temuduga, jangan bertangguh. Kerana calon yang bagus mungkin berpotensi untuk mencari kerja di tempat lain. 

Saya sendiri lebih prefer calon yang yang boleh mengikuti Masa dan Tarikh yang pihak pengurusan tetapkan. Pada saya itu sendiri menunjukkan komitmen dan personaliti calon tersebut. 

Dari sudut tempat, saya lebih prefer untuk mengadakan Sessi Temuduga di tempat yang calon temuduga bakal bekerja. Supaya calon mempunyai gambaran tempat kerja dan persekitaran tempat bekerja

4. Bawa Pengurus atau Pekerja yang Berpengalaman
Bawa pengurus yang akan bekerjasama dengan calon atau sekiranya tidak punya, mungkin pekerja yang berpengalaman dalam skop pekerjaan tersebut untuk menilai sama calon temuduga.

5. Borang Penilaian & Borang Maklumat Diri
Untuk saya sendiri, saya sediakan beberapa borang, bagi memudahkan saya untuk refer balik tentang calon, semasa proses penilaian. 

(a) Borang Penilaian
Borang penilaian ini sekadar penilaian saya secara luaran, seperti, personaliti, pemakaian, serta beberapa maklumat penting sebagai makluman awal saya seperti mempunyai pengalaman bekerja, mencari kerja sementara atau sepenuh masa, sudah berkahwin atau sebagainya. Bergantung kepada priority syarikat tersebut.

(b) Borang Temuduga
Sama seperti Borang Maklumat Diri Pekerja, Nama, Ic, No. Tel, Alamat, Pengalaman Bekerja (Secara Specific), Pendidikan dan sebagainya. 

6. Sessi Temuduga
Jadi sebelum memulakan Sessi Temuduga, saya akan perkenalkan diri dan jawatan saya beserta dengan teman penemuduga saya. Dan cuba adakan suasana yang lebih santai untuk sessi temuduga. Saya lebih prefer Sessi Temuduga satu per satu, berbanding berkumpulan.

7. Skop Pekerjaan
Biasanya saya terangkan dahulu tentang skop pekerjaan supaya calon temuduga jelas tentang jawatan yang sedang dipohon. Maklumat-maklumat seperti, Masa Bekerja, Job Description, Personaliti yang kita cari (Kerana bidang saya lebih kepada pra-sekolah), Etika Pakaian, Cuti Tahunan, Notis Berhenti dan Perkara yang Dilarang. Ini semua saya jelaskan secara terperinci, supaya calon jelas tentang skop pekerjaan yang dipohon. Penerangan Skop Pekerjaan ini pasti berbeza dalam bidang pekerjaan yang berbeza.

8. Soalan Temuduga
Sekiranya calon faham dan bersetuju dengan skop pekerjaan, saya akan teruskan ke Soalan Temuduga. Saya nampak, Soalan Temuduga ini sangat membantu dalam proses penilaian, walaupun hanya dalam bidang pra-sekolah. Kerana di sini kita dapat lihat, common sense, kematangan, pengalaman dalam bidang tertentu dan personaliti seseorang.

Saya terbaca dalam satu artikle, Soalan temuduga yang baik adalah 5-8 bentuk soalah dalam masa 30 minit ataupun 10-15 soalan dalam masa 1 jam. Saya sendiri punya 14 soalan yang berkaitan dengan cara bekerja. 

Dan dalam artikle yangs sama mengatakan, ada 2 bentuk soalan, soalan berbentuk terbuka dan tertutup.

(a) Soalan Berbentuk Terbuka 
Soalan Berbentuk Terbuka biasanya lebih general dan tidak mempunyai jawapan yang khusus. Sebagai contoh dalam bidang pra sekolah saya bertanya
'Sekiranya terdapat ibubapa yang hadir ke tadika dalam keadaan marah kerana terdapat kesan pada badan anak beliau. Apa yang anda akan lakukan?' 

atau

'Sekiranya terdapat pelajar yang muntah-muntah dan cirit birit. Apa yang anda lakukan?"

Soalan nampak mudah, tapi Alhamdulillah saya terima beberapa respon yang berbeza, yang akhirnya memberi kredit semasa proses penilaian.

(b) Soalan  Berbentuk Tertutup
Soalan Bernbentuk Tertutup ini biasanya mempunyai jawapan yang khusus. Pada saya 'tricky questions' untuk kita lihat kesediaan dan kesungguhan calon dalam bidang pekerjaan. Saya suka tanya soalan-soalan seperti ;

(a) Sekiranya tadika kekurangan kakitangan, bolehkah anda berkerja atau tampung kerja kakitangan lain'

(b) Sekiranya diminta untuk bertugas ke cawangan lain untuk beberapa hari, adakah anda bersedia

Soalan-soalan yang merujuk kepada crucial time yang mungkin syarikat hadapi.

9. Tarikh Awal Bekerja
Akhir sekali selepas selesai Sesi Temuduga, saya akan tanya, sekiranya beliau diterima, bilakan tarikh awal beliau boleh masuk bekerja. Ini juga sangat membantu sekiranya kita dalam keadaan kekurangan pekerja.

10. Buka Soalan kepada Calon
Sebelum berakhir, saya buka soalan kepada calon, biasanya calon yang punya pengalaman dalam bidang yang sama, akan bertanya beberapa related questions. Ini juga membantu for both parties clear about job description. 

Selesai Sessi Temuduga, saya akan berbincang dengan Teman Penemuduga saya tentang pandangan beliau pada Sessi Temuduga tadi. Malah saya juga beri ruang sekiranya teman penemuduga saya untuk interrupt sepanjang sessi temuduga. Kerana mereka biasanya lebih arif tentang skop kerja harian. 

Tips tambahan, sekiranya kita punya 5 calon temuduga, susun calon mengikut pilihan pertama dan seterusnya. Offer calon pertama tanpa reject calon yang lain. Kerana belum tentu calon pertama akan terima dan belum tentu calon pertama akan masuk bekerja (pengalaman sendiri). 

Jangan takut untuk rangka Sessi Temuduga yang lebih Formal, pada saya ini menggambarkan yang kita serius dalam pekerjaan kita dan kita mencari tenagakerja yang juga serius hendak bekerja. 

Semoga 10 langkah mudah Sessi Temuduga ini membantu Young Entrepreneur di luar sana. Saya hanyalah insan kerdil yang hanya baru 5 tahun pengalaman menguruskan perniagaan milik keluarga. Memang sangat tak arif, cuma rasa seronok dapat berkongsi =)





No comments:

Post a Comment