Saturday, June 27, 2015

Saat Bergetar Segala Tulang Rusuk Yang Ada

Kali pertama saya menatap dengan teliti wajahnya, seusai selesai Majlis Perkahwinan kami, saat dalam perjalanan pulang. Saya perhati setiap inci wajahnya, inilah dia rahsia ALLAH untuk saya. Dialah insan yang ALLAH pilih untuk saya, sepertimana ALLAH mempunyai pilihan untuk insan yang lain juga. Dialah insan yang akan berkongsi rasa, memimpin hati dan langkah saya selepas ini. 

Entah kenapa, walau baru kali pertama meneliti wajahnya, dengan medium komunikasi yang sangat terbatas sepanjang tempoh pertunangan. Hati saya redha mengatakan, 'Yea, Dialah orangnya,' tanpa rasa ragu. Walau saya tak pernah mengenalinya, tidak mengenali keluarganya, minatnya, kebaikkan atau kelemahannya, warna kegemaranya, hobi dia..apa pun saya tak tahu. Yang saya cuma tahu, dia sangat menjaga ikhtilat, akhlaqnya bagus, rajin bekerja dan punya fikrah islamiyah. Itu sudah memadai bagi saya. Dan Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun mendirikan rumahtangga, ternyata 4 ciri ini memperkuatkan rumahtangga kami.

Sebagai isteri, mana mungkin saya tak pernah mencemburui atau meragui suami saya sendiri. Apatah lagi drama-drama korea yang banyak mempengaruhi hati dan minda ini. Acapkali saya periksa wassap, message dan private message beliau. Walau beliau tidak sehensem Brad Pit, tidak sesado Aaron Aziz, dan suara tidak semerdu Humood AlKhuder. Tetapi beliaulah insan yang banyak bersabar dan menyokong saya dari hari ke sehari.

Beliau membentuk saya menjadi insan yang lebih matang dalam melihat dunia. Beliau insan yang mempercayai saya, selepas ummi saya, walau dalam keadaan saya sendiri tidak mempercayai diri saya sendiri. Ternyata selepas 3 tahun di alam perkahwinan, beliau punya tempat istimewa dalam hati saya.

Abang,
Terima kasih kerana hadir dalam hidup ma
Terima kasih kerana setia di sisi ma yang penuh dengan kelemahan ni
Terima kasih kerana tak pernah berputus asa dengan ma

Abang,
Ma hargai semua usaha keras abang
Ma tahu Abang selalu buat yang terbaik
Ma tahu Abang selalu dalam proses penambahbaikkan
Ma bangga dengan abang ^^

Semoga ALLAH memberi kasih sayang sebanyaknya buat abang
Semoga ALLAH bukakan pintu rezeki seluasnya untuk abang
Semoga ALLAH bahagiakan abang selalu

Abang, saranghe


No comments:

Post a Comment