Sekiranya ukhuwah mudah di kira dengan jari
Pasti mudah untuk merungkai isi hati
Sekiranya ukhuwah mudah untuk di padam sekelip mata
Pasti tiada hati yang terluka
Lalu tidak mengalir air mata
Apakah kita masih bisa bertemu
Walau jarak yang memisah beribu batu
Apakah semuanya akan sama seperti dulu
Walau medan perjuangan kita medan yang baru
Apakah langkah mujahadah akan mati
Tanpa kau di sisi
Perjuangan pasti berbeza
Saat kau tidak lagi bersama
Biar jauh aku berlari
Biar tinggi aku mendaki
Biar ku redah pelbagai mehnah dan tribulasi
Kenangan bersamamu akan membakar semangat di hati
Tidakkan aku lupa
saat mula mengatur langkah dan mentarbiyah jiwa
saat cuba membuang jauh cinta dunia
Saat aku tidak mengetahui apa-apa
Lalu aku tidak tahu untuk berharap pada siapa
Saat itu kita bertemu sua
Dan bermula saat itu, ukhuwwah menjadi terlalu istimewa
aku mencintai-mu wahai sahabatku, setiap masa =)